Dubai, UAE Program Minggu Keluarga Cemerlang MY-UAE yang bermula Jumaat lalu mendapat sambutan d luar jangkaan. Acara yang buat julung kalinya d adakan menyediakan 3 program yang mensasarkan pembentukan keluarga cemerlang.
Menurut jurucakap MY-UAE program yang d rangka memberi ruang kepada ibubapa dan anak-anak untuk bersama Ustaz Hasrizal secara eksklusif dalam program mereka tersendiri dan menghimpunkan mereka bersama dalam program ceramah perdana pada malamnya.
Tambahnya lagi, acara Parenting - Mom and Dads for Life menerima penyertaan lebih dari yang kami jangka, sama seperti program remaja yang bertemakan "Muslim "Idol"". Penyertaan juga termasuk dari komuniti Singapura dan mereka yang datang dari Abu Dhabi.
Continue reading "Minggu Keluarga Cemerlang MY-UAE bersama Ustaz Hasrizal dapat sambutan" »
MY-UAE menjemput anda untuk bersama "Minggu Keluarga Cemerlang" dengan tokoh muda terkenal tanahair, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com).
Beberapa program menarik buat anda seisi keluarga sepanjang weekend ini.
Jangan lepaskan peluang ini!
1. Program "Bengkel Ibubapa - Mom and Dad for Life"
- Tarikh: 1 April 2011 (Jumaat)
- Masa: 8:30 - 11:30 pagi
- Tempat: Dubai
- Kategori: Ibubapa (pasangan) atau ibu/bapa (individu)
2. Program "Forum Perdana - Hero Generasi Facebook: siapa dan d mana mereka?"
- Tarikh: 1 April 2011 (Jumaat)
- Masa: 7:00 - 10:00 malam
- Tempat: Dubai
- Kategori: Terbuka untuk semua
3. Youth Workshop - Muslim "Idol"
- Tarikh: 2 April 2011 (Sabtu)
- Masa: 9:00 - 3:00 petang
- Tempat: Dubai
- Kategori: Remaja berumur 10 ke 18 tahun
Continue reading "Weekend Special bersama Saifulislam!" »