Malaysia Boleh?
2-3 hari ni nama Malaysia naik lagi. Bukan naik untuk rekod tertinggi atau terbaik atau..
Yang naik ialah rakyat Malaysia - di mahkamah Dubai. Menurut seorang teman yang menjadi penterjemah (dari Arab ke bahasa Malaysia & sebaliknya) kes ini melibatkan 6 orang rakyat Malaysia yang sudah berada dalam tahanan sejak beberapa bulan lepas.
Kesnya? Tuduhan credit card fraud.
Khabarnya juga mereka punya 2 paspot. Masuk Dubai dengan paspot Malaysia, manakala sewaktu shopping menggunakan paspot Brunei!
Semalam juga dikabarkan oleh teman, mereka yang ditahan (4 lelaki 2 wanita) sudah pun diwakili peguam.
Sebelum adanya peguam mereka mengaku bersalah. Bila dah ada peguam, lain pula pengakuannya.
2-3 hari heboh pula kes kecurian wang di ATM dengan penggunaan card reader di mesin ATM. Harap-harap jangan lagi nama Malaysia "naik" dengan sebab yang tak baik. Rasanya cukup dah semangat Malaysia Boleh dieskspot dalam bab jenayah ni!
dipetik dari dPerantauan


Comments