Mega Projek Pertama Dubai Hampir Siap!
Dubai, UAE Hari ini dalam media tempatan dilapurkan pulau jadian pertama Dubai, Palm Jumeirah
akan siap penghujung tahun ini. Pulau jadian berbentuk pohon tamar ini
merupakan pulau pertama dari empat pulau buatan manusia yang dimajukan
oleh developer milik Dubai, Nakheel. Tiga lagi pulau jadian ialah Palm Jebel Ali, Palm Deira dan The World (koleksi lebih 200 pulau berupa peta dunia).
Setelah pelbagai cabaran yang dihadapi, termasuk khabar-khabar angin sewaktu pembinaan pulau
jadian ini, orang ramai berpeluang melihat pembinaan pulau ini yang menghampiri garis penamat.
Akhbar hari ini memaparkan gambar
villa dan bangunan bertingkat berdiri megah di atas pulau yang menelan
belanja berbillion dirham.
Di khabarkan juga beberapa business man tempatan "buat duit" dengan membekalkan pasir dan batu bagi tujuan pembuatan pulau ini. Antaranya ialah seorang usahawan yang membeli bukit bukau di Iran untuk diletupkan - untuk mendapatkan batu buat dasar pulau jadian ini.
Pulau-pulau berbentuk pohon tamar ini adalah salah satu daripada berbelas projek mega kerajaan
Dubai dalam usaha mempromosikan
Dubai sekaligus meletakkan Dubai sebagai salah sebuah destinasi
pelancungan yang pesat dan maju dari segi teknologi terkini dan
bersifat dinamik.
Antara yang dikhabarkan memiliki rumah (berjuta dirham) di Palm Island ialah pemain bolasepak Inggeris - David Beckham, bekas Presiden Uncle Sam - Bill Clinton dan pelakun kegemaran Dr.M - Shah Rukh Khan.


is under going some road test in the scorching heat of Dubai. 



