Ramadhan 31 hari?
Dubai, UAE Ramadhan 1427 di UAE tahun ini jatuh sehari lebih awal dari Malaysia. 1 Ramadhan 1427 bermula pada September 23 di UAE manakala Ramadhan 1, 1427 jatuh pada September 24, 2006 di Malaysia.
Memandangkan sebahagian daripada warga malaysian-uae akan pulang menyambut 'Eidulfitri bersama sanak saudara di tanah air, timbul persoalan: bagaimana jika Malaysia berpuasa genap 30 hari, apa status kami yang pulang dan sudah pun melengkapkan puasa 30 hari (since started fasting 1 day earlier)? Bolehkah kami merayakan 'Eidulfitri tatkala Malaysia masih berpuasa?
Menjawap persoalan ini, Dr. Akram Laldin Ketua Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (yang pernah bersama kita di UAE selama dua tahun) memberikan jawapannya: 'Eidulfitri haruslah diraikan bersama di tempat kita berada semasa jatuh 1 Syawal. Jika seseorang berpuasa lebih dari 30 hari, hari yang lebih dikira sebagai puasa sunat. Manakala jika terkurang, maka diwajibkan mengqada' (ganti) hari yang tertinggal kerana Ramadhan jatuh samada 29 atau 30 hari.
malaysian-uae merakamkan ucapan syukran jazilan kepada "panel syariah" kita, Dr. Akram Laldin!
















