Ramadhan 31 hari?
Dubai, UAE Ramadhan 1427 di UAE tahun ini jatuh sehari lebih awal dari Malaysia. 1 Ramadhan 1427 bermula pada September 23 di UAE manakala Ramadhan 1, 1427 jatuh pada September 24, 2006 di Malaysia.
Memandangkan sebahagian daripada warga malaysian-uae akan pulang menyambut 'Eidulfitri bersama sanak saudara di tanah air, timbul persoalan: bagaimana jika Malaysia berpuasa genap 30 hari, apa status kami yang pulang dan sudah pun melengkapkan puasa 30 hari (since started fasting 1 day earlier)? Bolehkah kami merayakan 'Eidulfitri tatkala Malaysia masih berpuasa?
Menjawap persoalan ini, Dr. Akram Laldin Ketua Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (yang pernah bersama kita di UAE selama dua tahun) memberikan jawapannya: 'Eidulfitri haruslah diraikan bersama di tempat kita berada semasa jatuh 1 Syawal. Jika seseorang berpuasa lebih dari 30 hari, hari yang lebih dikira sebagai puasa sunat. Manakala jika terkurang, maka diwajibkan mengqada' (ganti) hari yang tertinggal kerana Ramadhan jatuh samada 29 atau 30 hari.
malaysian-uae merakamkan ucapan syukran jazilan kepada "panel syariah" kita, Dr. Akram Laldin!


Assalamualaikum semua, persoalan ini telah banyak diajukan. Saya telah dipahamkan oleh seorang ahli panel rujukan agama Islam (ulama) di Malaysia, sebagaimana yang kita ketahui, HARAM kita berpuasa pada hari raya. Dan had maksima berpuasa Ramadhan adalah selama 30 hari saja. Kita haram berpuasa tetapi perlu menghindari dari makan dan minum (maksudnya kita haram berniat puasa). Wallahua'lam.
Posted by: Syed Alwee | October 01, 2006 at 02:15 PM
'alaykumusalaam wbt.
HARAAM berpuasa ketika Hari Raya refers to when Malaysia Raya, kita masih berpuasa (bilamana puasa kita masih tak cukup).
ALlaahu a'lam.
quote from Islam Hadhari.net:
9) Seseorang itu bolehlah memulai puasanya apabila dia telah melihat hilal atau anak bulan Ramadhan tidak kira di negara mana ia berada ketika itu. Kemudian seseorang itu boleh berbuka atau berhari raya ketika melihat hilal atau anak bulan Syawal walau di mana dia berada. Dalam sebuah hadis ada di jelaskan maksudnya: "Berpuasalah kamu kerana telah melihatnya (hilal Ramadhan) dan berbukalah kamu kerana telah melihatnya (hilal Syawal)". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Jika awal puasa di Makkah bermula sehari lebih awal dari negara kita, maka seseorang yang berada di Makkah pada ketika itu wajib berpuasa kerana telah melihat anak bulan Ramadhan. Setelah beliau kembali ke tanah air maka ikutlah kaedah di sini iaitu jika diisytiharkan anak bulan Syawal telah kelihatan berdasarkan rukyah atau hisab maka berbukalah (menyambut hari raya). Tidak perlu dikira jumlah bilangan hari dia berpuasa sama ada kurang atau lebih dari 29 atau 30 hari lantaran proses pertukaran tempat, tetapi sebaliknya bersyukurlah atas rahmat yang Allah berikan itu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Maksud Hadis)
10) Tidak boleh berbuka dan berhari raya bagi orang yang memulakan puasa Ramadhan di Mekah lebih awal satu hari dari Malaysia, di mana apabila beliau balik, puasanya sudah cukup 30 hari dan penduduk di Malaysia masih berpuasa lagi. Dalam hal ini, dia hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia. Demikian juga jika seseorang pergi ke negara di mana telah lebih awal berpuasa Ramadhan berbanding Malaysia dan mereka berhari raya sedangkan beliau bepuasa baru 28 hari, maka wajib atasnya berbuka puasa dan berhari raya mengikut negara berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqadha'kannya kemudian.
URL:www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=29
Posted by: mhasnol | October 02, 2006 at 08:43 AM