« Kick-off myUAE Super League 2006/07! | Main | UAE News Summary »

October 11, 2006

Breaking News: Malaysian Boleh!

Dubai, UAE Puan Noraini Ismail mendapat markah tertinggi di dalam Hafalan Al Quraan anjuran Markaz Tahfeezul Al Quraan Abu Bakar As Siddiq (MTAQABAS) di Rashidiya malam tadi. Keputusan hakeem yang diperolehi sebentar tadi (sekitar jam 11:45 malam) meletakkan Noraini di tempat pertama, bagi kategori malam ke-18 Ramadhan 1427H. Kategori ini adalah bagi hafalan juzuk ke-21 (mengandungi 178 ayat dari surah-surah Ankabut, Rum, Luqman, Sajadah dan Ahzab).

Majlis hafalan yang berlansung sepanjang bulan Ramadhan anjuran MTAQABAS terbuka kepada orang ramai. Setiap malam, peserta diuji hafalan dan tajweed dan dihakimi beberapa orang hakeem dari MTAQABAS. Quran2Noraini yang sedang dalam pengajian Tahfeez di Markaz Tahfeez Darul Nida' al Fitrah di Warqa', menerima hadiah berupa wang tunai Dhs.1,000. Noraini juga berguru dengan Ustazah Kareema Carol Czerepinski, penulis buku Tajweed berbahasa Inggeris yang berasal dari Amerika Syarikat (Ustazah Kareema setelah memeluk Islaam mendalami pengajian Al Quraan dan mendapat Ijazah dari pakar Tajweed dari Syria, Dr. Sheikh Ayman Rushdi Swayd). Pada tahun 2002 yang lalu, Noraini mendapat tempat pertama di dalam Hafalan dan Tajweed Al Quraan (Juz Amma & Ayat Kursiy) anjuran Sheikh Mohammed Bin Rashid Cultural Foundation, bertempat di Satwa. Dalam majlis yang sama, Muaz Hasnol mendapat tempat ke-2 bagi kategori kanak-kanak (hafalan dan tajweed Juz Amma & Ayat Kursiy).

Di dalam usaha untuk memupuk budaya menghafaz Al Quraan, beberapa institusi, Qurankidmarkaz, sekolah dan badan kerajaan menganjurkan pertandingan Hafalan dengan beberapa insentif antaranya, wang tunai dan pakej 'umrah. Yang termasyhur ialah Dubai International Holy Quran Award (DIHQA), anjuran emiriyah Dubai sepanjang bulan Ramadhan. School of Creative Science (SCS) menganjurkan pertandingan hafalan Al Quraan bagi murid SCS dengan hadiah utama sebanyak Dhs.20,000 dan biasiswa penuh persekolahan bagi tempoh setahun. 

Comments

Wow Congrats Ani! Mabrook! Mabrook! And not forgetting to Muaz too. You have made us Malaysians proud once again. Alhamdulilah.

Post a comment

If you have a TypeKey or TypePad account, please Sign In

Hijri Date

August 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            

Official Air Carrier

Sembang-sembang

Users Online

Kerjadubai

Stat

  • Stat II