« September 2006 | Main | November 2006 »

October 19, 2006

'Eidulfitri dPerantauan!

 

Dubai, UAE Pengalaman menyambut 'Eidulfitri dperantauan buat kali pertama suatu pengalaman baru. Mungkin ada yang seronok, tak kurang juga yang bersedih. Seronok bersama teman-teman "sewaktu dengannya". Sedih, berjauhan dari sanak saudara. Namun begitu, inilah asam garam hidup dperantauan, kena tabah, jangan sebak (bak kata KP - di ruang sembang-sembang).

Kepada yang "first timer" beberapa tips 'Eidulfitri dperantauan dari malaysian-uae dikongsi sama:

  • pastikan tarikh 'Eidulfitri (jangan masih ada yang berpuasa atau beraya dulu!) announcement tarikh 1 Syawal 1427H akan diuar-uarkan oleh malaysian-uae. sila check myUAE Times!
  • pastikan waktu solat sunat 'Eidulfitri yang tepat! 9am waktu solat di Malaysia! Di UAE, solat 'Eid bermula seawal 6:30am!
  • pastikan lokasi solat 'Eid, tak semua masjid buat! Kebanyakannya di mussola 'Eid (open space area untuk solat 'Eid) list of locations boleh cek di akhbar harian
  • bawa sejadah/tikar jika solat di mussola 'Eid
  • pastikan zakat fitrah dijelaskan sebelum solat sunat 'Eidulfitri!
  • jangan bersendiri di 'Eidulfitri, takut di"ganggu" nostalgia beraya di Malaysia!
  • cek list rumah terbuka sempena 'Eidulfitri! malaysian-uae akan menguar-uarkan rumah terbuka akan datang!

October 18, 2006

Night of Power - Malam ni!

Hari ini Ramadhan 26, 1427H (Malaysia masih Ramadhan 25). Malamnya malam ke-27. Kemuncak Ramadhan. Malam Night of Power. Malam di mana 029701a pendapat menyatakan berlakunya malam kelebihan melebihi 1,000 bulan. 84 tahun. Malam Laylatul Qadr. Malam dianjurkan perbanyakkan du'aa dan ibadah. Mari mengimarahkan rumah ALlaah. Mudah-mudahan diperkenan Rabbul Jalil. Mudah-mudahan diterima ibadaah di malam Night of Power! Jangan ketinggalan!

Nota: Qiyamulayl bermula jam 11:30 mlm, 12 tgh malam, 1am (depending on masjid). Jangan lupa membawa sejadah/tikar. Sesiapa ke Masjid Salah Bukatheer, boleh merasa suasana Mini Makkah! Selepas tu boleh sahur dKarachi Darbar berdekatan!

Qanat Al Qasba - Tarikan Terbaru Sharjah!

Sharjah, UAE Kalau Abu Dhabi dikenali sebagai ibu negara UAE, Dubai sebagai business hub, Sharjah, MasjidEmiriyah ke-3 terbesar dalam UAE mendapat jolokan "ibu negeri" kebudayaan UAE. Ianya juga mendapat jolokan family oriented emirate, kerana pelbagai inisiatif kekeluargaan yang ditawarkan. Ada juga yang menggelar Sharjah sebagai "Kelantan UAE", kerana ciri keIslaaman yang terserlah jika dibanding dengan lain-lain Emiriyah di UAE.

Banyak tempat menarik ada di Sharjah, antaranya Central Souk, Muzium Islaam, pelbagai rekabentuk Qaq3Masjid (Turki, Iran, Arabia, dsb), Wildlife Center, University City, Muzium Sejarah dan restoren Aden - restoren ikan bakar number one! Namun yang menjadi tarikan sejak kebelakangan ini ialah Qanat Al Qasba (QAQ). Di sinilah terletaknya Eye of Emirates, ferris wheel yang memperlihatkan Sharjah dan sebahagian Dubai, apabila berada di puncak!

QAQ ingin dipositionkan sebagai pusat pelancungan utama Sharjah, antaranya menawarkan aktiviti kebudayaan, kekeluargaan, keilmuan dan keagamaan. Qaq1Bangunan, jejambat hatta terusan yang dibina menampakkan ciri budaya Andalusia dan Mediteranean. QAQ dikatakan penjelmaan visi Dr. Shaikh Sultan Al Qasimi, pemerintah Sharjah yang dekat dengan dunia kebudayaan serta peminat sejarah Andalusia (beliau juga menjadi penggerak utama pembinaan masjid di sebuah kota di Sepanyol).

Di QAQ jugalah tersergam masjid Qasbah, antara masjid pertama yang mengadakan khutbah Jumaat di dalam bahasa Inggeris - menjadi tumpuan komuniti ekspatriat juga anak watan setiap Jumaat.

Pemandangan jemaah di luar masjid setiap Jumaat menjadi kebiasaan, berlatar belakangkan ukiran ayat Al Quraan yang tersergam indah di jejambat menyeberangi terusan QAQ.

Restoren bertema juga sedia ada bagi mereka yang ingin menikmati juadah Arabia sambil menikmati angin sepoi terusan QAQ. Yang dah kenyang, boat ride sepanjang terusan boleh menjadi agenda seterusnya!

Qaq2 Semasa Piala Dunia 2006 baru-baru ini, QAQ antara kunjungan utama peminat bolasepak. QAQ menawarkan giant screen untuk tontonan peminat. Sempena bulan Ramadhan 1427H ini, QAQ menganjurkan Ramadaniyat Al Qasba - program kerohanian, termasuk Soul Food (siri ceramah berbahasa Inggeris). Terdapat juga Book Boulevard, pelbagai buku dijual - jualan untuk Persatuan Bulan Sabit

Bagi yang berhari raya di UAE, QAQ merancang pelbagai aktiviti 'Eidulfitri. Antara yang menarik ialah pertunjukkan bunga api mega pada hari 'Eidulfitri pertama (9pm). Pastikan anda bersama keluarga, jumpa anda di sana!

Nota menarik:

  • CEO QAQ - seorang anak watan berumur 27 tahun, Marwan Al Sarkal
  • Bajet promosi - Dhs.5 juta
  • Pelan masa depan - hotel butik dengan 130 bilik sepanjang terusan QAQ, 12 fountain menghias QAQ

October 17, 2006

Menjelang 'Eidulfitri 1427H

Dubai, UAE Fajar Syawal 1427H semakin hampir. Pelbagai persiapan semakin rancak. Raya Pembeli dengan list belian mereka. Peniaga dengan pelbagai offer. Diberitakan juga penerbangan keluar masuk UAE juga sesak. Tempahan bilik hotel juga melonjak, dengan kemasukan pelancung dari dalam dan luar UAE untuk festive season mendatang. Namun yang menjadi perhatian ialah persoalan CUTI. Berapa hari cuti 'Eidulfitri anda tahun ini?

Bagi sektor awam: bermula dari Ramadhan 29, 1427H bersamaan Oktober 21, 2006 (Sabtu) hingga Syawal 3, 1427H (5 atau 6 hari, bermula dari weekend ini!)
Orang gomen: bermula Oktober 20 hingga Oktober 28!
Universiti dan sekolah:  sama seperti "orang gomen"
Sektor private: Syawal 1 dan 2, 1427H

Kompeni Malaysia berapa hari ya?

October 16, 2006

Cool FREE Software

Need a tool to clean up your disk space? Ccleaner Try CCleaner (www.ccleaner.com). It is fast, easy to use and it is FREE. The software helps you to remove unused files from your system, allowing windows to run faster and freeing up space on your hard disk.

Ever wonder how to email the photos that you took with your new digital camera? The pictures are big in size and it take ages to send them over the Internet. Try resizing Screen01 them with Easy Thumbnails (www.fookes.com/ezthumbs). Yes, it is a free tool for creating or rather resizing your pictures.  Set the size under setting, and walla. You get a smaller size photos that can be shared easily via emails. You can also use slider controls to rotate images and adjust their contrast, brightness, sharpness and quality, and check out the results with the built-in viewer.

Kadar Jenayah di Dubai - Turun atau Naik?

Bunuh. Rogol. Kecurian. Antara berita akhbar harian kebelakangan ini. Satu angle nampak kadar jenayah meningkat di Dubai. Satu angle lagi mungkin media cuba mensensasikan berita untuk meningkatkan readership dan jualan. Ramai juga yang memperkatakan fenomena ini di Dubai, sebuah metropolitan yang punya lebih 120 nationalities.

Antara USP (unique selling point) Dubai ialah keselamatan residen yang terjamin. Di Dubai, anda boleh merasa selamat berjalan seorang diri di tengah malam, tanpa ada perasaan takut diserang atau dirompak. Tak macam KL. Kalau tak dirompak, mungkin dilanggar Mat Rempit!

Berita jenayah ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada USP Dubai. Ini boleh menakutkan kemasukan orang awam (termasuk pelancung) dan juga gergasi global. Korporat global juga menilai keselamatan awam sebelum melangkah masuk ke suatu daerah baru - untuk melabur.

Meredakan keributan ini, Leftenan Jeneral Dahi Khalfan Tamim Khalfan Ketua Polis Dubai (pernah dilihat di restoren Noshi Noshi. Khabarnya dia peminat makanan Malaysia!) beberapa hari lalu di Emirates Today menafikan kenaikan mendadak jenayah di Dubai. Katanya Dubai juga menyaksikan sebaliknya - kadar jenayah semakin berkurangan.

Yang menjadi tanda tanya ialah persepsi umum masih berada pada tahap awal - kadar jenayah meningkat. Fenomena ini mungkin ada benarnya. Dengan kemasukan warga asing (pelancung dan "pelencong") entah dari mana dan pembangunan materi yang pesat, agak sukar penguasa mengawal 100% aktiviti penjenayah.

Selain mengawal sebarang kejadian yang tidak diingini, penguasa Dubai juga harus mengawal persepsi umum. Persepsi membentuk imej yang sukar dikikis.

Seorang penda'wah terkenal di Dubai ketika beriftar bersama malam tadi juga tidak meredakan persepsi. Katanya dia baru pulang dari penjara Dubai (untuk aktiviti da'wah).  Katanya Dubai sedang membuat extension penjara yang boleh memuatkan lebih 6,000 banduan?". Hmm, apa indikatornya ini? Pandangan anda? petikan: dperantauan

October 15, 2006

Speedy Gonzales Watch out!

Dubai, UAE Schumacher, Alonso, Alex Yong (Mat Rempits species are not to be found in this part of the world!) wannabes better watch out! As per the directive of Dubai Executive Council chief, Sheikh Hamdan bin Mohammed, stringent fines will be levied to reckless drivers.

Driver The new instruction is mainly motivated by the increased number accidents triggered by the traffic violations in Dubai for past two years: from 520,000 back in 2003 to 1.17 in 2005! While in the first eight months, there were 908,000 violations commited, equivalent to 3,784 violations per day or 157 per hour!

The most common road violations are (anda berada dalam kategori mana ya, atau kesemua skali?):

  • over speeding
  • menghalang lalu lintas
  • memotong secara merbahaya
  • "melanggar" lampu merah
  • terlalu ramai penumpang

Source: Trade Arabia

Real Estate "Downward Correction"?

Dubai, UAE Mishal Kanoo, one of UAE's leading businessman in his latest article in Arabian Business predicted that the real estate will see a downward trend pretty soon. Kanoo Kanoo, who was recently ranked as one of the global's 50 richest Arabs (as part of the Kanoo family venture) had similarly predicted a stock market downfall sometime last year.

Since the steady fall of Arabianbizthe local stock market late last year, it is still hovering at the 400 points (against a one time high of 1000 plus points).

One interesting fact to note is, Kanoo is not just an analyst, he is a player in the market. A big player!

Could this be a new year's gift to most of the UAE population? Well, let's hope so!

October 14, 2006

Ramadhan di Penghujung

10 malam terakhir Ramadhan sudahpun bermula. Kalau boleh diibaratkan, 10 malam ini seolah seperti "Grand Sale" di butik favorite kita. Menawarkan harga istimewa buat pakaian terbaik untuk pelanggan terpilih!

QadrYa, di dalam salah satu malam inilah tibanya malam terpilih. Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Seolah beribadah 84 tahun! Inilah malam Laylatul Qadr. Rasulullah dan para sahabat Baginda senantiasa menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan dengan qiyamulayl dan bacaan Al Qur'aan. Beri'tikaf di masjid. Dengan harapan bertemu dengan malam yang penuh barakah ini.

ItikafMalam Laylatul Qadr di kenali juga sebagai "Night of Power". Ianya "disambut" dengan penuh gemilang - masjid dipenuhi dengan jamaah, sehingga ada yang terpaksa solat di atas rumput. Malam Laylatul Qadr in this part of the world diterjemahkan sebagai malam ke-27. Solat malam atau Qiyamulayl bermula sekitar pukul 12 tengah malam. Inilah masanya pelbagai linkungan usia dan bangsa berbondong, sama mencari malam 1,000 bulan.

Masjid "Favorite"
Antara masjid yang menjadi "buruan" ialah Masjid Salah Bukatheer di Sharjah (berhampiran Kuwaiti Hospital) dan Masjid Ghusais/Twar (berhadapan pejabat Etisalat Twar). Tarikannya? Qiraah Imam! Syahdu di tengah malam. Qiraah Salah Bukatheer mirip Dr. Abdul Rahman Sudais, Imam Besar Masjidil Haraam, Makkah. Manakala suara Imam Masjid Ghusais/Twar "memukau"!

Masjid Salah Bukatheer diberi jolokan "Sharjah's Mini Makkah" - kerana dipenuhi setiap ruang, sehingga round-about berhampiran terpaksa ditutup polis sejurus selepas iftar. Jalan raya dijadikan open masjid! Tahun ini mungkin Salah Bukhateer tidak mengimamkan malam ke-27. Ini kerana beliau "naik pangkat" menjadi Imam Teraweeh di Masjidil Haraam, Makkah.

Masjid Ghusais
Imam Shirzad Abdul Rahman Tahir sejak kebelakang ini menjadi "tarikan" jemaah di Masjid Ghusais/Twar. Wakil myUAE sempat berjemaah di masjid ini tahun lepas (malam ke-27) setelah terlepas peluang untuk ke Sharjah - kalau jam sudah pukul 11 malam baru hendak ke Masjid Bukatheer, lupakan saja! Jalan sudah pasti di"blocked" dan ruang di luar masjid sesak. Mungkin juga terpaksa "menapak" ke masjid sekitar 3km!

Eppco bersebelahan masjid bertukar menjadi parking lot! Semangat malam ke-27 tidak terhad kepada orang tua, malahan, remaja juga mengambil kesempatan bersama.

Jangan lepaskan peluang bersama ribuan jemaah malam-malam terakhir Ramadhan, khususnya malam ke-27 ini. Ramadhan datang setahun sekali, entah berjumpa lagi tahun depan!

`Â'ishah also says: "I had never known Allah's Messenger (peace be upon him) to read the entire Qur'ân in a single night, or to spend the whole night in prayer up until the morning, or to spend a whole month in fasting – except in Ramadan." [Sunan al-Nasâ'î (1641) and Sunan Ibn Mâjah (1348)]

The great jurist, al-Shâfi`î declares: "It is Sunnah for one to exert greater efforts in worship during the last ten nights of Ramadan." [al-Majmû` (6/397)]

The practice of i`tikâf is a strongly recommended act. It is defined as remaining in retreat in the mosque for the express purpose of worship. The purpose of doing so is to devote one's heart exclusively to Allah. The person engaging in i`tikâf keeps this intention close to mind and seeks Allah's blessings. He should not forget the reason why he is observing this retreat.

It is encouraged for us to be extra generous during the last ten nights of Ramadan, without being extravagant or ostentatious in our giving. Ibn `Abbâs relates that: "Allah's Messenger (peace be upon him) was the most generous of all people in doing good, and he was at his most generous during the month of Ramadan. Gabriel used to meet with him every year throughout the month of Ramadan, so the Prophet could recite the Qur'ân to him. Whenever Gabriel met with him, he became more generous than a beneficial breeze." [Sahîh al-Bukhârî (1902) and Sahîh Muslim (2308)]

October 12, 2006

Latest: DIHQA Results

Dubai, UAE Malaysia's Abdullah Al Mukhlis Abdul Aziz's grand performance few nights 10years_1back was not enough to put him into the Top 9 in the just concluded Dubai International Holy Quraan Awards (DIHQA) event. Libya's Hafidz bagged the top prize of Dhs.250,000! (second time in three years a Hafidz from Libya taking the top spot). The closing ceremony was held at the Dubai World Trade Center.

The Top 9 Huffadz:

  1. Libya
  2. Maghribi
  3. Bangladesh
  4. Nigeria
  5. Saudi Arabia
  6. Egypt
  7. Mauritania
  8. Somalia
  9. UAE

Hijri Date

August 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            

Official Air Carrier

Sembang-sembang

Users Online

Kerjadubai

Stat

  • Stat II