« Latest: DIHQA Results | Main | Real Estate "Downward Correction"? »

October 14, 2006

Ramadhan di Penghujung

10 malam terakhir Ramadhan sudahpun bermula. Kalau boleh diibaratkan, 10 malam ini seolah seperti "Grand Sale" di butik favorite kita. Menawarkan harga istimewa buat pakaian terbaik untuk pelanggan terpilih!

QadrYa, di dalam salah satu malam inilah tibanya malam terpilih. Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Seolah beribadah 84 tahun! Inilah malam Laylatul Qadr. Rasulullah dan para sahabat Baginda senantiasa menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan dengan qiyamulayl dan bacaan Al Qur'aan. Beri'tikaf di masjid. Dengan harapan bertemu dengan malam yang penuh barakah ini.

ItikafMalam Laylatul Qadr di kenali juga sebagai "Night of Power". Ianya "disambut" dengan penuh gemilang - masjid dipenuhi dengan jamaah, sehingga ada yang terpaksa solat di atas rumput. Malam Laylatul Qadr in this part of the world diterjemahkan sebagai malam ke-27. Solat malam atau Qiyamulayl bermula sekitar pukul 12 tengah malam. Inilah masanya pelbagai linkungan usia dan bangsa berbondong, sama mencari malam 1,000 bulan.

Masjid "Favorite"
Antara masjid yang menjadi "buruan" ialah Masjid Salah Bukatheer di Sharjah (berhampiran Kuwaiti Hospital) dan Masjid Ghusais/Twar (berhadapan pejabat Etisalat Twar). Tarikannya? Qiraah Imam! Syahdu di tengah malam. Qiraah Salah Bukatheer mirip Dr. Abdul Rahman Sudais, Imam Besar Masjidil Haraam, Makkah. Manakala suara Imam Masjid Ghusais/Twar "memukau"!

Masjid Salah Bukatheer diberi jolokan "Sharjah's Mini Makkah" - kerana dipenuhi setiap ruang, sehingga round-about berhampiran terpaksa ditutup polis sejurus selepas iftar. Jalan raya dijadikan open masjid! Tahun ini mungkin Salah Bukhateer tidak mengimamkan malam ke-27. Ini kerana beliau "naik pangkat" menjadi Imam Teraweeh di Masjidil Haraam, Makkah.

Masjid Ghusais
Imam Shirzad Abdul Rahman Tahir sejak kebelakang ini menjadi "tarikan" jemaah di Masjid Ghusais/Twar. Wakil myUAE sempat berjemaah di masjid ini tahun lepas (malam ke-27) setelah terlepas peluang untuk ke Sharjah - kalau jam sudah pukul 11 malam baru hendak ke Masjid Bukatheer, lupakan saja! Jalan sudah pasti di"blocked" dan ruang di luar masjid sesak. Mungkin juga terpaksa "menapak" ke masjid sekitar 3km!

Eppco bersebelahan masjid bertukar menjadi parking lot! Semangat malam ke-27 tidak terhad kepada orang tua, malahan, remaja juga mengambil kesempatan bersama.

Jangan lepaskan peluang bersama ribuan jemaah malam-malam terakhir Ramadhan, khususnya malam ke-27 ini. Ramadhan datang setahun sekali, entah berjumpa lagi tahun depan!

`Â'ishah also says: "I had never known Allah's Messenger (peace be upon him) to read the entire Qur'ân in a single night, or to spend the whole night in prayer up until the morning, or to spend a whole month in fasting – except in Ramadan." [Sunan al-Nasâ'î (1641) and Sunan Ibn Mâjah (1348)]

The great jurist, al-Shâfi`î declares: "It is Sunnah for one to exert greater efforts in worship during the last ten nights of Ramadan." [al-Majmû` (6/397)]

The practice of i`tikâf is a strongly recommended act. It is defined as remaining in retreat in the mosque for the express purpose of worship. The purpose of doing so is to devote one's heart exclusively to Allah. The person engaging in i`tikâf keeps this intention close to mind and seeks Allah's blessings. He should not forget the reason why he is observing this retreat.

It is encouraged for us to be extra generous during the last ten nights of Ramadan, without being extravagant or ostentatious in our giving. Ibn `Abbâs relates that: "Allah's Messenger (peace be upon him) was the most generous of all people in doing good, and he was at his most generous during the month of Ramadan. Gabriel used to meet with him every year throughout the month of Ramadan, so the Prophet could recite the Qur'ân to him. Whenever Gabriel met with him, he became more generous than a beneficial breeze." [Sahîh al-Bukhârî (1902) and Sahîh Muslim (2308)]

Comments

Post a comment

If you have a TypeKey or TypePad account, please Sign In

Hijri Date

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

Official Air Carrier

Sembang-sembang

Users Online

Kerjadubai

Stat

  • Stat II