Terima Kasih dari Kemboja!
Sumbangan dari warga myUAE dan teman-teman keatas projek Masjid Kampung Khla Krabe, Krakor, Prusat merupakan hadiah 'Eiduladha 1427H manis bagi ummat Islaam d Kampung Khla Krabe khususnya, dan Kemboja amnya.
Masjid usang yang telah pun berusia, bakal dganti dengan masjid baru, hasil sumbangan orang ramai, termasuk dari Qatar dan UAE. Upacara penyerahan masjid akan dlaksanakan pada 12 Dzulhijjah 1427H kepada Mufti kerajaan Kemboja. Pada keesokan harinya, upacara peresmian masjid akan dlaksanakan oleh Gabenor Prusat dan wakil rakyat Prusat, YB Hj. Abdul Kadir Osman.
Asian Federation Muslim Youth (AFMY), Yayasan Amal Malaysia (AMAL) dan Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) merakamkan penghargaan kepada penyumbang budiman kearah projek pembinaan Masjid Khla Krabe.
Projek Qurban Kemboja d kampung Khla Krabe juga akan berlansung 'Eiduladha 1427H mendatang. Kepada yang ingin melaksanakan ibadah Qurban, boleh menghubungi Affandy Shaari (050.661.5875) atau Hasnol Yunus (050.249.2121). Seperti yang d uar-uarkan sebelum ini, setiap bahagian ialah RM250
Kepada yang ingin menyumbang kepada pengurusan Masjid, boleh juga hubungi Affandy atau Hasnol. Boleh juga melalui akaun bank AFMY (atas nama Asian Federation Musilim Youth) d akaun Bank Islam Malaysia - 14032010037306 (sila maklumkan samada bagi tujuan Qurban atau sumbangan masjid)


Comments