Mabruk UAE!
Abu Dhabi, UAE
Buat pertama kalinya UAE menjuarai kejohanan bolasepak Khaleej (Gulf Cup) menewaskan jiran dan musuh tradisi Oman 1-0. Sepakan first timer player of the tournament (dan Top scorer) Ismail Mattar menggamatkan stadium Zayed Al Nahyan malam tadi.
UAE yang tewas 3 perlawanan terakhir dalam perlawanan mereka menentang Oman (termasuk perlawanan pembukaan 2-1) mengejutkan Oman dengan permainan licik.
Oman yang bermain buat kali ke-2 berturut dalam perlawanan akhir sekali lagi pulang kecewa. D edisi sebelumnya, mereka juga tewas pada tuan rumah, Qatar. Dua percubaan berturut oleh penyerang Oman berjaya dselamatkan oleh custodian UAE.
Ismail yang khabarnya menjadi perhatian beberapa kelab Inggeris dengan tenang membuat first timer d sekitar kotak penalti, menewaskan penjaga gol Oman (yang juga penjaga gol kelab Inggeris, Bolton).
Selepas kemenangan UAE, beberapa jalan utama d Dubai dan Abu Dhabi bertukar menjadi street party, dengan aksi kereta berhias (dan beragam!). Street party khabarnya akan berterusan untuk beberapa malam dengan aksi kereta berhias dan pekikan kemenangan.
Kemenangan manis ini adalah kemenangan lumayan - Dhs.5 juta akan dkongsi sama skuad UAE oleh beberapa korporat (antaranya Dubai Holdings dan Etisalat). Khabarnya banyak lagi hadiah lumayan bakal d terima dari pembesar negara!
Mabruk buat UAE!









