Karierku - Aku Seorang Freelance GSM Engineer!
Karierku memaparkan kerjaya Malaysians yang ada di UAE. Bertujuan untuk memberi gambaran dan “guidance” pada remaja & anak-anak kita dalam memilih kerjaya masa depan mereka. Tetamu karierku kali ini, Sdra Kadri - Freelance GSM Engineer
Boleh cerita sikit bidang saudara?
Saya adalah seorang Engineer di dalam bidang GSM Network Optimization.
Basically, tugasnya ialah looking after the quality of the GSM (Mobile) network, covering both the coverage area and quality of the network
Memang ni specialized area? Yes and no. Generally,backgroundnya perlu kepada GSM environment. Selalunya dari Network Planning atau Network Design/Topology. Kemudian selepas lebih kurang 5 tahun dalam GSM Planning, one can move to Optimization
field
Education wise? Qualification? In general education dalam bidang Electrical Engineering with a major in Telecommunications. Ada juga yang berlatabelakangkan
Computer and IT
Daily routine macamana? Task harian kami berpandukan kepada komplen yang diterima dari customer dan daily network statistiks yang kami terima dari software yang ada dipasang oleh syarikat Telekommunikasi. Bila terima komplen, kami akan siasat buat “drive test”. Dengan laptop dan sebuah alat test (TEMS) dan GPS kami pun scan area yang bermasalah. Buat panggilan untuk tentukan kualiti panggilan (any drop calls, etc.)
Agak rileks? Lebih kuranglah..ada driver, kami duduk sebelah sambil buat panggilan dan menggunakan alat testing kami
Mostly outdoor work? Ya, 80% di luar pejabat. 20% di pejabat - buat analisa data yang kami perolehi dari test drive kami dan lain-lain kerja pejabat
Saudara buat kerja ni secara Freelance, apakah bidang ini ada sepenuh masa dengan
Syarikat Telekommunikasi dan jika ada adakah ianya berbeza? Ya, saya seorang Freelancer. Bidang ini ada baik buat Freelancer ataupun secara sepenuh masa dengan syarikat Telekommunikasi (bukan secara kontrak/freelance basis). Tiada bezanya, mungkin
pada pulangannya (GAJI!)
Sejak bila saudara jadi Freelancer? Sejak tahun 2000
Kenapa pilih kadi Freelancer, bukankah ini bermakna tiada job security? Saya memilih
untuk jadi Freelancer sebab dah bosan melihat muka kawan dan boss yang sama, di pejabat yang sama (haha-ha!). Job security? Di mana-mana pun belum tentu ada jaminan! Sekarang banyak syarikat memberi pilihan (atau tiada lansung!) pada staff untuk ucap selamat tinggal! Freelancer lebih seronok. Different places, culture, people. Get to travel, sambil bekerja
Get to earn more money? Lebih kurang la!
Challenging? Ya. Kena banyak bersabar! Berjauhan dari famili memerlukan ketahanan mental! Dan pelbagai karenah manusia!
Berapa lama berjauhan dari famili? Depends pada kontrak atau duration sesuatu projek. Selalunya antara 6 hingga 12 bulan
Macamana nak terjun ke alam Freelance ni? Selalunya perlu pengalaman kerja lebih kurang 5 tahun, samada dengan syarikat telekomunikasi atau pun vendor (yang membuat peralatan telekommunikasi seperti Nokia, Ericsson, dll). Kemudian register dengan Agency
atau Head Hunter - banyak terdapat Online, antaranya Jobserve.com sekarang kerjadubai.blogspot.com! Kemudian, tunggu dipanggil untuk interview!
Interview di mana? Over the phone!
Sebagai Freelancer, do you work long hours? Tidak, 8 jam sehari on average. Unless if you get paid hourly basis. Then you kena pulun, mengumpul hours (baca: mengumpul duit!)
Berapa buah negara dah dijelajahi dengan kerjaya Freelance? 7. Bangladesh, Belgium, Benin, Finland, Gabon, Indonesia dan UAE
From one contract to another, ada break? Depends on your own endurance. Kalau nak break boleh cuti dengan famili. Rule of thumb, if you work for 12 months, you can afford not to work for the next 24 months!
Your most challenging experience? When i was in Africa! Budaya, bahasa, makanan dan agama berlainan agak mencabar! As far i can remember, i was the only Malaysian di Gabon (of course selain dari pihak Embassy!)
Ramai Malaysian bekerja secara Freelance? Sekarang semakin ramai yang berani keluar dari kepompong “kerja makan gaji” dalam erti kata terma jangka panjang. Sesama kami pun selalu juga berjumpa bila attached to certain projects - misalnya I met Zuzuli when we were in Indonesia! Now, both of us ada di Dubai! What a small world!
Oh, ya..career path for a Freelance GSM Engineer like you? Biasanya sampai ke akhir kareer berpindah randah! One can go up to be a Manager. Normally, a Freelancer will end up having their own company/consultancy
Nota: Buat masa ini, saudara Kadri dan Zuzuli sudahpun meninggalkan UAE (Kadri d Malaysia, manakala Zuzuli menyambung karier sebagai freelancer d Riyadh)


Hallo salam kenal..
Kalau ada info Job Telco.
Kabari yah.
tq.
Posted by:Hendra | April 02, 2008 at 06:55 AM
Fast_dutch@plasa.com
Posted by:Hendra | April 02, 2008 at 06:57 AM
Halo...
saya irene dary indonesia. Salam kenal.
Kalau ada info peluang kerja, boleh kasih saya donk.
Mau juga nih kerja diluar..
email saya ya..
Posted by:irene | April 18, 2008 at 03:50 AM