UAE Merdeka Race!
Dubai, UAE Buat julung kalinya, peminat sukan go-kart akan menyaksikan perlumbaan hebat yang bakal membariskan bakat Malaysiana (yang lama memendam rasa) d UAE ini. UAE Merdeka Kart Championship akan berlansung malam esok (Jumaat, Ogos 24) d Dubai Kartdrome bermula jam 10 malam.
Ketika d hubungi myUAE sebentar tadi, penganjur dan salah seorang pelumba favorite, Redza Jamil membayangkan perlumbaan malam esok akan berlansung dengan penuh debaran dan aksi ala F1. Beliau menjemput peminat untuk datang beramai-ramai memberi sokongan moral.
Seorang lagi yang d katakan menjadi favorite untuk menjuarai kejuaraan sulung UAE Merdeka Kart Championship ialah pemandu berasal dari Teluk Kemang, NS (bukan Negeri Sepanyol, Negeri Sembilan) Busri Alonso. Beliau gagal d hubungi, d fahamkan sedang berada d UK untuk latihan peringkat akhir.
Sementara itu pemandu kuda gelap (dark horse) tajaan Ericsson, Nik, d lapurkan menjalani latihan intensif bersendirian. Minggu lalu, beliau d lihat berlatih sekitar Etisalat Academy. Antara saksi paparazzi yang sempat melihat aksi Nik melapurkan beliau menjalani latihan cornering d lapangan Etisalat Academy (dengan memandu Honda Accord!).
Ikuti siaran lansung UAE Kart Championship malam esok! D Dubai Kartdrome, jam 10 malam (siaran tertunda d Channel Dubai Sports TV - tak tentu lagi, baik pergi terus ke Dubai Kartdrome!).


Siapa bergelar juara? Macamana dengan dreba2 favorite? Nik, mu dapat nombor berapa?
Posted by:Pemerhati | August 26, 2007 at 08:31 AM