« Dubai Airshow Kicks Off to a Flying Start! | Main | Dubai Motor Show Drives the Crowd! »

November 14, 2007

Program Bulanan myUAE - November 29!

Dubai, UAE Setelah agak lama terhenti, Program Bulanan myUAE kembali!

Video promo Program Bulanan edisi Disember 2006 d atas.

Program yang berbentuk self-enrichment buat komuniti ini bermula sejak tahun 2001. Beberapa penceramah jemputan/residen pernah menjayakan Program Bulanan. Antaranya Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, Dr. Akram Laldin (Syariah Advisor HSBC Amana Malaysia), Tahir Khalid (Director New Muslim Center, Sharjah - kini ahli panel mingguan Radio Dubai) dan Dr. Ammar Dato' Fadzil (pensyarah d Universiti Islam Antarabangsa - UIA).

Manakala antara warga myUAE yang pernah bersama menjayakan Program Bulanan ialah Firdaus Abdul Kadir (Intro to Islamic Banking) dan Harun Kapetanovic
(Peristiwa Bosnia: Dalam Kenangan)

Objektif utama Program Bulanan ialah untuk sama menimba/berkongsi ilmu dalam aspek pembentukan peribadi/keluarga dan mendalami kefahaman Deen. Program ini juga menarik minat komuniti Singapura, Indonesia dan Brunei (Komuniti Singapura sudah pun membentuk jawatankuasa Program Bulanan mereka yang d kendalikan setiap bulan d Jumeirah).

Program yang berlansung setiap Khamis (malam Jumaat) terakhir dalam setiap bulan akan bermula (bagi sessi 2007/08) dengan kupasan ibadah Haji. Tajuk "Haji: Antara Teori dan Realiti" akan d kendalikan oleh Alumni warga myUAE, Dr. Mohd Akram Laldin.

Dr_akram Dr. Akram kini menjawat jawatan Ketua Jabatan Fiqh & Usul Fiqh d Universiti Islam Antarabangsa. Antara jawatan lain beliau ialah,
Global Shariah Advisory Board Hong Kong & Shanghai Banking Corporation - HSBC Bank (Amanah) dan Chairman of Regional Shariah Committee of the HSBC Bank Malaysia - myUAE Media, 2007

Nota: waktu dan tempat akan d uar-uarkan d www.malaysian-uae.com

Comments

Post a comment

If you have a TypeKey or TypePad account, please Sign In

Hijri Date

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

Official Air Carrier

Sembang-sembang

Users Online

Kerjadubai

Stat

  • Stat II