Haji 1428H: Catatan 2
via SMS 11 Dis 2130
Penerbangan SV6561 dari Dubai ke Madinah berlepas tepat pada waktu yang d jadualkan. Para Hujaj mengambil peluang untuk membaca Quraan, berzikir dan mengulangkaji di sepanjang perjalanan yang mengambil masa 2 jam 40 min.
11 Dis 2340 KSA -
kami selamat mendarat d Madinah. Sekitar 20 kaunter d buka untuk menguruskan para Hujaj yang tiba. Urusan kali ini lebih teratur berbanding dengan tahun 2003 ketika saya menunaikan Haji yang pertama. Terdapat kaunter-kaunter khas bagi memeriksa dokumen penting seperti sijil imunisasi dan deraf bank. Selepas 15 min berurusan, kami terus ke tempat letak kereta sementara menunggu bas dan bagasi. Cuaca d luar sejuk, sekitar 18C.
12 Dis 0100 Kami masih menunggu bagasi yang tak kunjung tiba. Ketua hamlah mengarahkan kami menaiki bas sementara beliau menguruskan bagasi. 30 min kemudian kami d minta mengambil bagasi masing2. Puan Mira (isteri Faisal Emirates) kehilangan bag. 6 orang porter d tugaskan untuk memunggah naik ke atas bumbung bas. Kami akhirnya bergerak menuju hotel sekitar jam 0215.


Comments