Catatan Haji 1428H: 10 & 9 Dzhulhijjah!
via SMS Dis 19 0730 Kami keluar melontar jamrah. Hujaj begitu ramai tetapi keadaan terkawal. Tidak ada tolak menolak.
Dis 18 0030 2km dari sempadan Muzdalifah lalulintas tidak bergerak
lansung. Kami terpaksa berjalan kaki. Setelah mabit sebahagian malam,
kami terus berjalan ke Mina. Setelah hampir tiga setengah jam berjalan kaki, kami selamat tiba di Mina.
1830 Bergerak ke Muzdalifah. Jalanraya sesak teruk. Kenderaan merangkak perlahan-lahan.
1154 ALhamduliLlaah kami tiba d khemah tanpa banyak masalah. D sini kami akan menghabiskan masa hingga tenggelam matahari
0950 Bas akhirnya tiba setelah 2 kali shai d hidang. Kami bergegas menaiki bas kerana polis tidak membenarkan bas berhenti lama. Jalan lengang hingga ke Masjid Namira. Ramai hujaj berjalan kaki.
0730 Hari sudah terang. Kami masih menunggu bas. Jalanraya penuh sesak dengan hujaj yang mula bergerak ke Arafah. Pekikan hon menbingitkan telinga d selang-seli arahan anggota polis. Ada juga hujaj yang berangkat seawal 230 pagi. Helikopter berlegar-legar d ruang udara.
0400 Kami bangun awal dan bersiap untuk hari yang mulia. Bas d jadual bertolak dari khemah ke Arafah jam 0630 untuk mengelakkan lalulintas.


Comments