Al Abyad Beraksi Hari Ini!
PIALA DUNIA 2010 KEPUTUSAN PENUH Al Abyad 1-1 Esmail Mattar jaring gol penyamaan Pasukan bolasepak UAE bakal beraksi dalam perlawanan kedua mereka hari ini dalam siri kempen kelayakan Piala Dunia 2010. Pasukan yang mendapat jolokan Al Abyad (bermaksud pasukan putih - refer pada jersi putih mereka) mendahului kumpulan E dengan tiga mata penuh bila menumpaskan Kuwait dalam perlawanan pertama mereka.
Lawan mereka malam ini, Syria mengutip satu mata apabila seri dengan pasukan favorite dalam kumpulan ini, Iran.
Perlawanan yang akan berlansung d Stadium Al Abasyeen d Syria bakal menyaksikan Al Abyad kehilangan pemain pertahanan tahan lasak mereka, Haider Alo Ali yang mengalami kecederaan semasa beraksi untuk kelabnya Al Wahda. Media juga melapurkan juara Piala Teluk ini berkemungkinan akan turun tanpa penyerang utama mereka Esmail Mattar (gambar) yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan.
Beberapa hari lalu UAE seri dengan Oman 1-1 dalam perlawanan persahabatan dalam membuat persediaan menentang Syria. 45,000 penyokong tuan rumah (Syria) d jangka akan memenuhi stadium.
Lain-lain perlawanan kelayakan yang d jangka menarik hari ini ialah China-Australia, Kuwait-Iran dan Korea Utara - Korea Selatan.


Comments