Agenda 3 Bulan Pertama myUAE-PRO d Gerakkan!
Dubai, UAE Lanjutan dari penubuhan myUAE-PRO dan perlantikan ahli jawatankuasa (AJK) bagi tahun 2008-09, mesyuarat AJK myUAE-PRO pertama menyaksikan beberapa potfolio d bentuk. Ariffin Mamat (atau lebih d kenali Pak Payne) kekal sebagai Pengerusi, manakala mesyuarat memutuskan Dr. Rani Shamsuddin sebagai Timbalan Pengerusi, Mohd Hasnol Yunus sebagai Setiausaha dan Affandy Shaari sebagai Bendahari.
Kesemua 10 AJK hadir dalam mesyuarat yang berlansung d kediaman Pak Payne.
Selain dari tiga potfolio d atas, AJK juga telah meluluskan usul untuk melantik 2 lagi AJK bagi memantapkan organisasi.
Agenda tiga bulan pertama berdasarkan kepada objektif penubuhan myUAE-PRO juga telah d persetujui untuk tindakan.
Antaranya ialah mengemaskini pengkalan data (database) rakyat Malaysia d UAE (inisiatif dengan kerjasama rapat pejabat Konsul Besar Malaysia d Dubai), program menarik ahli baru dan penyediaan informasi berupa welcome pack buat yang baru tiba ke UAE.
Pak Payne dalam perbualan ringkas juga memberitahu informasi asas berkenaan penyesuaian hidup d UAE juga dalam agenda bertindak, d mana beberapa perkara telah d kenal pasti dan dalam tindakan AJK - myUAENN


Comments