Dubai, UAE Setelah berlansungnya majlis sambutan Hari Keputeraan YDP Agong d Kedutaan Besar Malaysia (Abu Dhabi) minggu lalu, sambutan d Dubai akan d adakan esok d foyer bangunan MATRADE (Al Safinah Building, berhampiran Lamcy Plaza).
Majlis ini adalah anjuran Pejabat Konsul Jeneral Malaysia d Dubai dengan kerjasama myUAE-PRO.
Konsul Jeneral Syed Mohd Hasrin dalam reaksinya pada myUAE Times sebentar tadi menyatakan harapannya agar rakyat Malaysia dapat bersama meraikan majlis ini esok.
"Dengan berlatarbelakangkan perpaduan berbilang kaum, majlis sebegini mempertemukan rakyat Malaysia dperantauan - memupuk kesepakatan dalam mereliasasikan aspirasi negara".
"Mungkin ada yang dah bertemu sewaktu Majlis berlansung d Abu Dhabi, boleh terus menterai silaturahim d Dubai", tambah beliau.
Pengerusi myUAE-PRO, Ariffin Mamat melahirkan rasa gembira d atas kerjasama rapat antara myUAE-PRO dan Konsul Jeneral sendiri dalam menjayakan Majlis ini.
Beliau juga berkata, "Sambil bertemu meraikan Hari Keputeraan YDP Agong, majlis ini nanti akan menyediakan ruang rakyat Malaysia sesisi keluarga beraktiviti - bertemakan Malaysia".
"Bagi pihak jawatankuasa Majlis Hari Keputeraan YDP Agong, d ucapkan terima kasih pada penaja - MAS, Veritas, Flexim dan tak ketinggalan tenaga sukarelawan yang bakal menjayakan Majlis ini esok", tambah Ariffin.
Antara acara yang akan berlansung ialah nyanyian Negaraku dan ucapan aluan dari Konsul Jeneral. Manakala aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa juga akan berlansung, d samping pertandingan fotografi.
Urusan RSVP, sila hubungi (tel) 050.620.5675 atau emel ke consulate@malaysianembassy.ae
Majlis bermula dari jam 3 petang hingga 5:15 petang.
Aturcara Majlis
3:00ptg Ketibaan para hadirin
3:15pm Majlis bermula
- Bacaan Do'a
- Nyanyian Negaraku
- Jamuan dan Aktiviti Sampingan
5:00pm Majlis Selesai
Pakaian: Baju kebangsaan/Batik/yang bersesuaian
Comments