« May 2008 | Main | July 2008 »

June 26, 2008

Mabruk!

Dubai, UAE Shamzani Hussain dan isteri, Pn Ros dkurniakan anak sulung mereka kira-kira jam 2 petang semalam. Shafiqa Raisa dlahirkan d International Modern Hospital dengan berat hampir 4kg. Ibu dan anak masih berada d hospital dan berada dalam keadaan baik. Mereka d jangka pulang ke rumah esok.

Ketika d hubungi semalam, Shamzani melahirkan rasa syukur atas  kelahiran Shafiqa yang berjalan dengan baik.

Tahniah kepada kedua ibu bapa!

June 24, 2008

No automatic residency for property buyers in Dubai

Dubai, UAE Property buyers should not expect an automatic residence visa upon purchasing property in Dubai, a top official clarified.

"There is no direct link between property ownership and residence visas. Developers should not lure investors to property sector with a promise of residence visa," Marwan Bin Galita, chief executive of Dubai's Real Estate Regulatory Agency (Rera) told Gulf News on Monday.

Bin Galita said a proposal has been submitted to the concerned authorities to issue property investors a visit visa that allows them to travel in and out of the country to follow up their investments in the property market.

"The suggestion, if approved, might be implemented at a federal level, especially that the local laws of most emirates allow foreign ownership of property.

Continue reading "No automatic residency for property buyers in Dubai" »

June 23, 2008

Rakyat Malaysia Terkena Tembakan

Ras Al Khaimah, UAE UPDATED Alan Beh selamat menjalani pembedahan dan d benarkan pulang oleh Hospital (Welcare Hospital, Dubai) semalam (Selasa, Jun 24).

Berita awal: Seorang rakyat Malaysia d lapurkan terkena tembakan sewaktu bermain golf semalam. Menurut lapuran Gulf News, Alan Beh terkena tembakan d bahagian bahu ketika bermain golf d Khuzzam. Beliau yang kini menerima rawatan d Dubai, akan menjalani pembedahan jam 5 petang nanti. Lapuran awal Gulf News:

Ras Al Khaimah: A man was shot in the shoulder on Sunday while playing a round of golf in the Khuzzam area.

A police investigation is under way to find out who was behind the shooting. The bullet penetrated the shoulder of the 29-year-old victim, who was identified as B.S.S. Police sources said the Malaysian victim was in the middle of a game of golf when he was suddenly shot at and fell to the ground unconscious, onlookers were shocked.

Continue reading "Rakyat Malaysia Terkena Tembakan" »

June 21, 2008

Sambutan Hari Keputeraan YDP Agong d Dubai Meriah

Dubai, UAE Majlis Hari Keputeraan YDP Agong d Dubai anjuran pejabat Konsulat Jeneral dan myUAE-PRO menyaksikan penyertaan lebih 250 rakyat Malaysia d perantauan. Majlis yang dmulakan dengan bacaan du'aa oleh AJK myUAE-PRO, Abdul Latif Abdul Karim menyaksikan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik minat hadirin.

Cg1 Konsul Jeneral Malaysia d UAE, Syed Mohd Hasrin dalam ucapannya menyentuh sejarah dan peranan institusi YDP Agong sebagai Raja Berpelembagaan. Beliau juga menekankan objektif majlis seumpama adalah memberi peluang kepada rakyat Malaysia bertemu dan memperkukuh jaringan dan silaturahim.

Nyanyian lagu kebangsaan - Negaraku, berkumandang d foyer bangunan MATRADE menyerikan Majlis.

Antara aktiviti yang djalankan ialah deklemasi sajak oleh 5 anak watan. Sajak Sajak nukilan Nazrah Ayu, menyaksikan gandingan 5 anak muda pelbagai bangsa mendeklemasikan sajak bertajuk Perantau Berdondang.

Continue reading "Sambutan Hari Keputeraan YDP Agong d Dubai Meriah" »

June 19, 2008

Esok: Sambutan Hari Keputeraan YDP Agung d Dubai!

Dubai, UAE Setelah berlansungnya majlis sambutan Hari Keputeraan YDP Agong d Kedutaan Besar Malaysia (Abu Dhabi) minggu lalu, sambutan d Dubai akan d adakan esok d foyer bangunan MATRADE (Al Safinah Building, berhampiran Lamcy Plaza).

Majlis ini adalah anjuran Pejabat Konsul Jeneral Malaysia d Dubai dengan kerjasama myUAE-PRO.

Cg Konsul Jeneral Syed Mohd Hasrin dalam reaksinya pada myUAE Times sebentar tadi menyatakan harapannya agar rakyat Malaysia dapat bersama meraikan majlis ini esok.

"Dengan berlatarbelakangkan perpaduan berbilang kaum, majlis sebegini mempertemukan rakyat Malaysia dperantauan - memupuk kesepakatan dalam mereliasasikan aspirasi negara".

"Mungkin ada yang dah bertemu sewaktu Majlis berlansung d Abu Dhabi, boleh terus menterai silaturahim d Dubai", tambah beliau.

Pp Pengerusi myUAE-PRO, Ariffin Mamat melahirkan rasa gembira d atas kerjasama rapat antara myUAE-PRO dan Konsul Jeneral sendiri dalam menjayakan Majlis ini.

Beliau juga berkata, "Sambil bertemu meraikan Hari Keputeraan YDP Agong, majlis ini nanti akan menyediakan ruang rakyat Malaysia sesisi keluarga beraktiviti - bertemakan Malaysia".

Continue reading "Esok: Sambutan Hari Keputeraan YDP Agung d Dubai!" »

June 10, 2008

Sambutan Keputeraan YDP Agong: Abu Dhabi

Abu Dhabi, UAE Sempena menyambut hari keputeraan YDP Agong, pihak Kedutaan Besar Malaysia menjemput semua warga Malaysia yang berada d UAE ke majlis anjuran Kedutaan Besar Malaysia.

Majlis Sambutan Hari Keputeraan YDP Agong ini akan berlansung d Kedutaan Besar Malaysia d Abu Dhabi, bermula jam 8 pagi.

Ketika dhubungi myUAE Times, Kuasa Usaha Sementara (Charges d'affaires ad interim) En. Fadli Adilah Fadli antara lain berkata,"Majlis ini terbuka buat semua rakyat Malaysia d UAE. Dalam kita memperingati hari Keputeraan YDP Agong, kita sediakan beberapa aktiviti buat rakyat Malaysia dan menyediakan ruang bagi kita bersama bersuai kenal antara satu sama lain".

"Membina dan mengukuh jaringan rakyat Malaysia d UAE menjadi salah satu objektif Majlis sebegini. Tak ketinggalan, ada hadiah menarik yang menanti untuk d menangi", tambah beliau.

Dalam melicinkan persediaan majlis, kepada yang ingin menghadiri majlis d atas (urusan RSVP), sila hubungi (tel) 050.620.5678 atau emel ke admin@malaysianembassy.ae
Pakaian:
Baju kebangsaan/Batik/Yang bersesuaian

Sila ke bawah untuk aturcara Majlis.  

Continue reading "Sambutan Keputeraan YDP Agong: Abu Dhabi" »

June 09, 2008

Du'aa Buat Zahed

Updated: Jun 9'08: Zahed d benarkan berehat d rumah setelah berada d hospital kira-kira 4 hari. Beliau mengucapkan terima kasih buat teman yang memberi sokongan (ziarah dan du'aa antaranya).

Jun 5'08 8pm Ketika ditemui di bilik hospital kira-kira jam 8mlm beliau telah sedar dan ditemani oleh isteri dan kedua ibu-bapa. Pembedahan yang mengambil masa 5 jam telah berjalan dengan lancar. Beberapa rakan myUAE-PRO turut hadir pada malam itu.

Jun 5'08 Hari ini Dsc_8840a Zahed Abdullah (Abu Adam) akan menjalani pembedahan disc replacement. Pembedahan d jadualkan bermula jam 2:30 petang d Hospital Medcare (berhampiran Safa Park/ d rumah lama Abang Fuad/Kak Zah Singapore Deli). Moga pembedahan berjalan dengan baik dan kesihatan seperti sediakala.

June 05, 2008

Majlis Sambutan Hari Keputeraan YDP Agong D Tunda

PENGUMUMAN Majlis sambutan hari keputeraan YDP Agong d tunda ke hari Jumaat Jun 13, 2008. Majlis yang pada awalnya d rancang berlansung d Kedutaan Malaysia (Abu Dhabi) pada Jun 6 d tunda bagi menghormati tempoh berkabung yang d umumkan kerajaan UAE baru-baru ini.

UAE berkabung 3 hari atas kematian Sheikh Naser Bin Zayed Al Nahyan, adinda Presiden UAE, Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan.

Harap maklum.

June 02, 2008

Hari ini Al Abyad Beraksi!

KEPUTUSAN PENUH 0-0 Tehran, IRAN Tepat 6:30 petang waktu UAE, pasukan kebangsaan UAE (yang d gelar Al Abyad) turun dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2010. Ini merupakan perlawanan ketiga bagi UAE yang mendahului kumpulan 5.

UAE hingga kini mendapat 4 mata, kelebihan 2 mata. Iran dan Syria masing-masing mendapat 2 mata. Kuwait d kedudukan terakhir, mendapat hanya 1 mata.

Satu Mata Cukup

Untuk mengukuhkan peluang untuk mara ke pusingan kedua, Iran dan UAE perlu mempersembahkan permainan yang baik.

Iran yang belum mendapat sebarang kemenangan dalam kempen pusingan awal ini mengharap sokongan ramai yang bakal mengisi Stadium Azadi. UAE pula mengharap setidaknya satu mata bagi terus mendahului kumpulan 5 dan mencerahkan peluang ke pusingan kedua. Harapan d letak pada penyerang utama kelab Al Wahda, Ismael Mattar.

Iran kini d pimpin bekas pemain Bayern Munich, Ali Daei.

Hijri Date

August 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            

Official Air Carrier

Sembang-sembang

Users Online

Kerjadubai

Stat

  • Stat II