myUAE-PRO sempat bersama Duta Malaysia d UAE, TYT Dato' Yahya Abdul Jabar.
Ketika d temui semalam, beliau melahirkan harapan agar Island Escapade'09 dapat menyaksikan perkumpulan rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang dan dari setiap Emiriyah.
"Aktiviti sosial begini baik dan penting bagi rakyat Malaysia bertemu antara satu sama lain. Selain dari bekerja, aktiviti riadah baik utk kesihatan dan mempereratkan hubungan antara satu sama lain. Ini peluang baik bagfi kita bertemu", kata beliau.
Beliau juga berasa gembira melihat penyertaan dan gabungan tenaga dari pelbagai pihak - - rakyat Malaysia, syarikat Malaysia d UAE (yang antaranya menjadi penaja) dan juga kakitangan kerajaan Malaysia d UAE, dalam menjayakan Island Escapade'09.
Dato' Yahya juga merakamkan penghargaan buat myUAE-PRO yang menjayakan program ini. Gambar: Dato Duta sedang membaca "press release" Island Escapade'09.
Dato' Yahya dan keluarga akan turut menyertai Island Escapade'09!
Cepat! Daftar segera d sini atau hubungi Firdaus 050.559.3213

