via SMS Dis 21 Perihal khemah 5 bintang, 2 bintang dan jutaan bintang - d Mina kami d tempatkan bersebelah khemah VIP. Dindingnya dari papan gypsum. Setiap bilik d lengkapi katil dan ada dewan d lengkapi sofa. Terdapat bilik air berasingan. Makanan buffet d sediakan. Khabarnya ada 17 hujaj VIP Malaysia yang membayar RM70 ribu untuk keselesaan ini.
Khemah kami pula hanya ada kapet dan dinding kanvas. Setiap malam kami terpaksa bersesak untuk mendapatkan ruang tidur yang agak baik. Sekiranya kami keluar hingga lewat malam, tempat itu d ambil oleh hujjaj lain.
D luar pagar pula, ramai hujjaj yang terpaksa tidur d tepi-tepi jalan beralas kotak dan berbumbungkan langit. Tidurnya terganggu oleh suara manusia yang lalu lalang dan siren pihak berkuasa. Tidur siapakah yang lebih nyenyak dan mimpi siapa yang lebih indah?
Pada siangnya Setelah melontar kami meninggalkan Mina untuk Nafar Awal. Ini adalah kebiasaan Hujjaj dari UAE. Kali ini van yang kami tumpang mengambil masa kira-kira 2 jam sebelum tiba d Jumaizah. Jalanraya ke Haraam penuh sesak. Awal petang esok kami d jadualkan pulang ke Dubai!
Continue reading "Catatan Haji 1428H: 11 & 12 Dzulhijjah!" »
via SMS Dis 19 0730 Kami keluar melontar jamrah. Hujaj begitu ramai tetapi keadaan terkawal. Tidak ada tolak menolak.
Dis 18 0030 2km dari sempadan Muzdalifah lalulintas tidak bergerak
lansung. Kami terpaksa berjalan kaki. Setelah mabit sebahagian malam,
kami terus berjalan ke Mina. Setelah hampir tiga setengah jam berjalan kaki, kami selamat tiba di Mina.
1830 Bergerak ke Muzdalifah. Jalanraya sesak teruk. Kenderaan merangkak perlahan-lahan.
1154 ALhamduliLlaah kami tiba d khemah tanpa banyak masalah. D sini kami akan menghabiskan masa hingga tenggelam matahari
0950 Bas akhirnya tiba setelah 2 kali shai d hidang. Kami bergegas menaiki bas kerana polis tidak membenarkan bas berhenti lama. Jalan lengang hingga ke Masjid Namira. Ramai hujaj berjalan kaki.
Continue reading "Catatan Haji 1428H: 10 & 9 Dzhulhijjah!" »
via SMS Dis 16 0900
Setelah 2 hari d Makkah, ada jemaah yang menghidap sakit-sakit "Haji" (seperti selsema, batuk, sengal2 kaki dan sebagainya). Masing-masing cuba mengamalkan petua yang pernah d pelajari seperti minum perahan lemon d campur garam untuk selsema dan batuk. Tetapi ramai juga yang tertanya2 petua untuk menahan angin!
0600 Kami keluar awal untuk solat subuh d Haraam. Seperti biasa khidmat teksi sapu d gunakan. Ada juga ingin mencuba duduk d atas bumbung GMC, tetapi menukar fikiran setelah melihat gelagat pemandu. Kami berehat sebentar menanti ruang tawaf agak lengang
15 Dis 2030 Selepas solat Isya' d Haraam kami cuba mendapatkan teksi untuk balik ke asrama. Tiada yang berhenti. Ketika itu kami sanggup membayar tambang lebih. Tapi setiap teksi yang d tahan sudah penuh atau enggan membawa kami. Ketika itu wang tidak bernilai, kerana tidak boleh d belanja!
Continue reading "Catatan Haji 1428H: Tiba d Makkah!" »
via SMS 15 Dis 1045
ALhamduliLlaah, kami selamat selesai menunaikan ibadah 'Umrah! Sempat berdoa d Multazam dan solat d belakang Maqam Ibrahim. Bertahallul dengan crew cut no 1
0600 Selesai solat Fajar d Jame' Jumaizah. Sedang bersiap untuk ke Haraam bagi menunaikan 'Umrah
0422 Selamat tiba d sempadan tanah haraam Makkah al Mukaramah!
14 Dis 1715 Tiba d Miqat Bir Ali. Tunaikan solat Maghrib dan Isya. Ribuan hujaj berniat Ihram sebelum menuju ke Makkah.
Continue reading "Hajj 1428H: Madinah ke Makkah" »
via SMS 13 Dis 0020 Bertemu guru agama Tabung Haji yang bertugas membawa rombongan Malaysia, MP Jerai dan Dato' Ramli (dari Bukit Aman). Sempat berbual dan bertanyakan kemusykilan ibadah Haji. Bergambar bersama MP Jerai dan Dato' Ramli - tentang kerjaya dan kehidupan d Dubai.
12 Dis 2100 Tamat hari pertama kami d Madinah. Masih belum berjaya untuk ke Raudah. Tapi tugas pengintipan telah d lakukan untuk mengenal pasti waktu yang sesuai. Awal pagi esok kami akan cuba lagi. Selepas breakfast kami juga akan menziarahi tempat bersejarah sekitar Madinah.
12 Dis 2200 Kami berjaya dengan misi Raudah! Masjid Nabawi agak lengang selepas pukul 930 malam, memberikan kami peluang untuk solat sunat dan berdu'aa d Raudah, sebuah taman d antara taman-taman syurga.
Continue reading "Haji 1428H: Catatan 4" »