May 16, 2008

Promosi MAS!

Slide2_2Syarikat penerbangan Malaysia, MAS melalui pejabat serantau d Dubai hari ini melancarkan pakej promosi pelancungan Malaysia. Promosi Malaysia Stopover 2008 memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati pakej percutian ke empat destinasi utama - Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang (boleh download flyer d sini: Download mas_stopover_promotion.pdf)

Bermula dari USD83, pakej percutian ini menawarkan penginapan d beberapa hotel ternama d destinasi tersebut d atas. Promosi ini berlansung dari Mei 15 hingga Jun 15, 2008. Untuk matlumat lanjut dan urusan tempahan, boleh sila hubungi pejabat jualan MAS d talian 04.397.0250.

Sementara itu, Pengerusi myUAE-PRO, Ariffin Mamat (Pak Payne) hari ini mengumumkan MAS telah berbesar hati untuk menaja hadiah cabutan bertuah keahlian myUAE-PRO. Hadiah yang berupa tiket penerbangan pergi balik ini, terbuka kepada mereka yang mendaftar menjadi ahli myUAE-PRO. Bagi pihak myUAE-PRO, Pak Payne mengucapkan terima kasih d atas tajaan, sekali gus sokogan MAS dalam menjayakan program komuniti Malaysia d UAE.

Pendaftaran ahli myUAE-PRO masih d buka d sini

May 06, 2008

ATM kicks off today!

Dubai, UAE Middle East's largest travel and tourism event, Arabian Travel Market (ATM) opens its door today at Dubai International Exhibition and Convention Center (DIECC). This year's ATM is the largest ever edition with exhibitor base of 2,208 participants from 70 countries (8% increase from 2007). ATM is to run till May 9. Report by Gulf News here

Timings:

May 6 1- 7pm Meridian Club and trade visitors

May 7 11am - 7pm Meridian Club and trade visitors

May 8 11am - 7pm Meridian Club and trade visitors

May 9 4 - 9pm Meridian Club, trade and consumer visitors

Car park: FREE car parking available in car parking area B and C, opposite Novotel hotel and car park F, adjacent to Za'abeel Hall.

Shuttle buses: Will run from 9am between the car park areas and the exhibition hall entrances nearthe Novotel and Ibis hotels

December 22, 2007

Catatan Haji 1428H: Bersedia ke Jeddah!

Tn_dsc01145 via SMS Dis 22 0800 Bas bertolak ke Jeddah. Berlaku perpisahan emosional. Para Hujjaj mengambil peluang menghulurkan saguhati kepada petugas-petugas yang banyak membantu ketika kami d sini. Ada petugas yang membuat ucapan terima kasih menggunakan pembesar suara bas. Ada juga hujaj yang memohon maaf sesama ahli hamlah (kumpulan). D luar kelihatan polis sedang membuat operasi menarik kenderaan yang tersadai di tepi jalan.

0630 Awal pagi kami selesai melakukan tawaf wida'. Hujaj sibuk melakukan persiapan untuk pulang. Kenderaan d sekitar Haraam kini mencari penumpang untuk keluar dari Makkah, seperti ke Jeddah, Riyadh, Thaif dsb. Kami pula akan bertolak ke Jeddah pada jam 0730.

Ya ALlaah, terimalah Haji kami. Moga kami datang lagi d masa depan!

December 21, 2007

Catatan Haji 1428H: 11 & 12 Dzulhijjah!

Tn_dsc01098 via SMS Dis 21 Perihal khemah 5 bintang, 2 bintang dan jutaan bintang - d Mina kami d tempatkan bersebelah khemah VIP. Dindingnya dari papan gypsum. Setiap bilik d lengkapi katil dan ada dewan d lengkapi sofa. Terdapat bilik air berasingan. Makanan buffet d sediakan. Khabarnya ada 17 hujaj VIP Malaysia yang membayar RM70 ribu untuk keselesaan ini.

Khemah kami pula hanya ada kapet dan dinding kanvas. Setiap malam kami terpaksa bersesak untuk mendapatkan ruang tidur yang agak baik. Sekiranya kami keluar hingga lewat malam, tempat itu d ambil oleh hujjaj lain.

D luar pagar pula, ramai hujjaj yang terpaksa tidur d tepi-tepi jalan beralas kotak dan berbumbungkan langit. Tidurnya terganggu oleh suara manusia yang lalu lalang dan siren pihak berkuasa. Tidur siapakah yang lebih nyenyak dan mimpi siapa yang lebih indah?

Tn_dsc01113Pada siangnya Setelah melontar kami meninggalkan Mina untuk Nafar Awal. Ini adalah kebiasaan Hujjaj dari UAE. Kali ini van yang kami tumpang mengambil masa kira-kira 2 jam sebelum tiba d Jumaizah. Jalanraya ke Haraam penuh sesak. Awal petang esok kami d jadualkan pulang ke Dubai!

Continue reading "Catatan Haji 1428H: 11 & 12 Dzulhijjah!" »

December 19, 2007

Catatan Haji 1428H: 'Eidul adha 1428H!

Tn_dsc01107 via SMS Dis 19 0845 Dengan sistem pejalan kaki yang baru kami terpaksa berjalan jauh untuk kembali ke khemah. Walaupun jarak khemah ke jamrah hanya 300m, perjalanan balik membawa kami sejauh 2.5km. Kami bertahalul dengan bercukur rambut. Kami ingin mengucapkan 'Eid Mubarak kepada semua rakan-rakan d UAE!

About Hajj: Redza: Sungguh mencabar. Razali: Agak mengecewakan. Ejen tidak bertindak secara profesional. Banyak yang perlu d perbaiki. Syed Bohari: Menahan sabar amat penting. Wahid: Penuh dengan dugaan. Faisal: ALhamduliLlaah, setiap ibadah dan dugaan dapat d lalui dengan baik

Catatan Haji 1428H: 10 & 9 Dzhulhijjah!

Tn_dsc01090 via SMS Dis 19 0730 Kami keluar melontar jamrah. Hujaj begitu ramai tetapi keadaan terkawal. Tidak ada tolak menolak.

Dis 18 0030 2km dari sempadan Muzdalifah lalulintas tidak bergerak lansung. Kami terpaksa berjalan kaki. Setelah mabit sebahagian malam, kami terus berjalan ke Mina. Setelah hampir tiga setengah jam berjalan kaki, kami selamat tiba di Mina.

1830
Bergerak ke Muzdalifah. Jalanraya sesak teruk. Kenderaan merangkak perlahan-lahan.

Tn_dsc01081 1154 ALhamduliLlaah kami tiba d khemah tanpa banyak masalah. D sini kami akan menghabiskan masa hingga tenggelam matahari

0950 Bas akhirnya tiba setelah 2 kali shai d hidang. Kami bergegas menaiki bas kerana polis tidak membenarkan bas berhenti lama. Jalan lengang hingga ke Masjid Namira. Ramai hujaj berjalan kaki.

Continue reading "Catatan Haji 1428H: 10 & 9 Dzhulhijjah!" »

December 17, 2007

Catatan Haji 1428H: Ke Mina!

Tn_dsc01072 via SMS Dis 17 1200 Cemas! Ketika kami sedang menantikan waktu Zuhur d Masjid Khif, berlaku kekecohan d salah sebuah pintu masuk. Teriakan kedengaran dan tiba-tiba hujaj dari belakang bangun dan kesan domino berlaku. Lebih ramai hujaj bangun untuk melarikan diri. ALhamduliLlaah ia berlaku beberapa saat sahaja. Jika tidak sudah pasti ada kemalangan jiwa.

Tn_dsc01065_2 1030 Kami d khemah no 3, kira-kira 300m dari Jamrah. Kelihatan beribu hujaj mula tiba dengan kenderaan, berjalan kaki dan berkerusi roda. Masjid Khif kini dpenuhi hujaj yang tumpang berteduh sebelum ke Arafah pagi esok.

0930 Bas kami akhirnya tiba. lalulintas sudah berkurangan. Mina, kami akan ke sana!

Tn_dsc01061_2 0845
Tarwiyah, kami bersiap dengan ihram dan menanti bas yang sepatutnya berlepas 15 minit lalu. Kenderaan memenuhi jalanraya membawa hujaj ke Mina. Polis sibuk mengawal lalulintas. Ada hujaj yang berjalan kaki.


December 16, 2007

Catatan Haji 1428H: Tiba d Makkah!

via SMS Dis 16 0900 Makkah Setelah 2 hari d Makkah, ada jemaah yang menghidap sakit-sakit "Haji" (seperti selsema, batuk, sengal2 kaki dan sebagainya). Masing-masing cuba mengamalkan petua yang pernah d pelajari seperti minum perahan lemon d campur garam untuk selsema dan batuk. Tetapi ramai juga yang tertanya2 petua untuk menahan angin!

0600 Kami keluar awal untuk solat subuh d Haraam. Seperti biasa khidmat teksi sapu d gunakan. Ada juga ingin mencuba duduk d atas bumbung GMC, tetapi menukar fikiran setelah melihat gelagat pemandu. Kami berehat sebentar menanti ruang tawaf agak lengang

Tn_dsc01042 15 Dis 2030 Selepas solat Isya' d Haraam kami cuba mendapatkan teksi untuk balik ke asrama. Tiada yang berhenti. Ketika itu kami sanggup membayar tambang lebih. Tapi setiap teksi yang d tahan sudah penuh atau enggan membawa kami. Ketika itu wang tidak bernilai, kerana tidak boleh d belanja!

Continue reading "Catatan Haji 1428H: Tiba d Makkah!" »

Hajj 1428H: Madinah ke Makkah

via SMS 15 Dis 1045 Miqat ALhamduliLlaah, kami selamat selesai menunaikan ibadah 'Umrah! Sempat berdoa d Multazam dan solat d belakang Maqam Ibrahim. Bertahallul dengan crew cut no 1

0600 Selesai solat Fajar d Jame' Jumaizah. Sedang bersiap untuk ke Haraam bagi menunaikan 'Umrah

0422 Selamat tiba d sempadan tanah haraam Makkah al Mukaramah!

14 Dis 1715 Tiba d Miqat Bir Ali. Tunaikan solat Maghrib dan Isya. Ribuan hujaj berniat Ihram sebelum menuju ke Makkah.

Continue reading "Hajj 1428H: Madinah ke Makkah" »

December 14, 2007

Haji 1428H: Catatan 5

via SMS 13 Dis 2100 Dscn6651 Ulangkaji ibadah 'Umrah bersama rakan-rakan hamlah. Kami akan bertolak ke Makkah selapas solat 'Asr (jadual asal selepas Isya d tukar kerana Saudi melarang pergerakan lewat malam kerana kes kemalangan yang mengorbankan jemaah Haji)

2300 Mendapat berita Tuanku YDP Agung Sultan Mizan berada d Madinah

1200 Selesai ziarah tempat bersejarah d Madinah. Medan Uhud, Masjid Qiblatain (pictured left sourced from this site), kilang tamar, medan Khandaq dan akhirnya Masjid Quba.

Hijri Date

May 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Sembang-sembang

Users Online

Kerjadubai

Stat

  • Stat II