January 10, 2008

Ahlan 1429H!

The_hijrah Selamat menyambut kedatangan tahun baru 1429H!

Tahukah anda, Khalifa kedua 'Umar al Khattab yang memulakan kalendar hijrah d masa pemerintahan beliau?

Tahukah anda 'Umar juga yang memperkenalkan jawatan Amirul Mu'minin (menggantikan term "Khalifah")

Tahukah anda, Hijrah pertama ummat Islaam ialah dari Mekkah ke Habasyah?

Tahukah anda, Hijrah pertama jurucakap/ketuanya ialah Ja'far bin Abu Tolib - abang kepada Ali bin Abu Tolib?

Tahukah anda, bulan Hijrah hanya mempunyai 29 dan 30 hari (tiada 31 hari)?

Tahukah anda, institusi pertama yang d bina Rasul saw setibanya d Madinah ialah masjid (kenapa ya?)

Tahukah anda, anak muda (antaranya Ali bin Abi Tolib dan Abdullah bin Abu Bakar) dan wanita (Asma' binti Abu Bakar) memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan Hijrah Rasul?

Apa lagi yang anda tahu berkenaan Hijrah? Kongsi bersama (tinggalkan d ruang komen!)

January 01, 2008

Ahlan 2008!

400_f_4649795_efwibxg0qmotppgjifwdi Selamat datang 2008, selamat tinggal 2007!

Moga kenangan dan pengalaman d tahun lalu memberi kematangan menempuh kedatangan tahun baru!

Apa azam 2007 d capai?

Apa pula azam 2008?

December 19, 2007

Catatan Haji 1428H: 10 & 9 Dzhulhijjah!

Tn_dsc01090 via SMS Dis 19 0730 Kami keluar melontar jamrah. Hujaj begitu ramai tetapi keadaan terkawal. Tidak ada tolak menolak.

Dis 18 0030 2km dari sempadan Muzdalifah lalulintas tidak bergerak lansung. Kami terpaksa berjalan kaki. Setelah mabit sebahagian malam, kami terus berjalan ke Mina. Setelah hampir tiga setengah jam berjalan kaki, kami selamat tiba di Mina.

1830
Bergerak ke Muzdalifah. Jalanraya sesak teruk. Kenderaan merangkak perlahan-lahan.

Tn_dsc01081 1154 ALhamduliLlaah kami tiba d khemah tanpa banyak masalah. D sini kami akan menghabiskan masa hingga tenggelam matahari

0950 Bas akhirnya tiba setelah 2 kali shai d hidang. Kami bergegas menaiki bas kerana polis tidak membenarkan bas berhenti lama. Jalan lengang hingga ke Masjid Namira. Ramai hujaj berjalan kaki.

Continue reading "Catatan Haji 1428H: 10 & 9 Dzhulhijjah!" »

December 17, 2007

Catatan Haji 1428H: Ke Mina!

Tn_dsc01072 via SMS Dis 17 1200 Cemas! Ketika kami sedang menantikan waktu Zuhur d Masjid Khif, berlaku kekecohan d salah sebuah pintu masuk. Teriakan kedengaran dan tiba-tiba hujaj dari belakang bangun dan kesan domino berlaku. Lebih ramai hujaj bangun untuk melarikan diri. ALhamduliLlaah ia berlaku beberapa saat sahaja. Jika tidak sudah pasti ada kemalangan jiwa.

Tn_dsc01065_2 1030 Kami d khemah no 3, kira-kira 300m dari Jamrah. Kelihatan beribu hujaj mula tiba dengan kenderaan, berjalan kaki dan berkerusi roda. Masjid Khif kini dpenuhi hujaj yang tumpang berteduh sebelum ke Arafah pagi esok.

0930 Bas kami akhirnya tiba. lalulintas sudah berkurangan. Mina, kami akan ke sana!

Tn_dsc01061_2 0845
Tarwiyah, kami bersiap dengan ihram dan menanti bas yang sepatutnya berlepas 15 minit lalu. Kenderaan memenuhi jalanraya membawa hujaj ke Mina. Polis sibuk mengawal lalulintas. Ada hujaj yang berjalan kaki.


December 16, 2007

Catatan Haji 1428H: Tiba d Makkah!

via SMS Dis 16 0900 Makkah Setelah 2 hari d Makkah, ada jemaah yang menghidap sakit-sakit "Haji" (seperti selsema, batuk, sengal2 kaki dan sebagainya). Masing-masing cuba mengamalkan petua yang pernah d pelajari seperti minum perahan lemon d campur garam untuk selsema dan batuk. Tetapi ramai juga yang tertanya2 petua untuk menahan angin!

0600 Kami keluar awal untuk solat subuh d Haraam. Seperti biasa khidmat teksi sapu d gunakan. Ada juga ingin mencuba duduk d atas bumbung GMC, tetapi menukar fikiran setelah melihat gelagat pemandu. Kami berehat sebentar menanti ruang tawaf agak lengang

Tn_dsc01042 15 Dis 2030 Selepas solat Isya' d Haraam kami cuba mendapatkan teksi untuk balik ke asrama. Tiada yang berhenti. Ketika itu kami sanggup membayar tambang lebih. Tapi setiap teksi yang d tahan sudah penuh atau enggan membawa kami. Ketika itu wang tidak bernilai, kerana tidak boleh d belanja!

Continue reading "Catatan Haji 1428H: Tiba d Makkah!" »

Hajj 1428H: Madinah ke Makkah

via SMS 15 Dis 1045 Miqat ALhamduliLlaah, kami selamat selesai menunaikan ibadah 'Umrah! Sempat berdoa d Multazam dan solat d belakang Maqam Ibrahim. Bertahallul dengan crew cut no 1

0600 Selesai solat Fajar d Jame' Jumaizah. Sedang bersiap untuk ke Haraam bagi menunaikan 'Umrah

0422 Selamat tiba d sempadan tanah haraam Makkah al Mukaramah!

14 Dis 1715 Tiba d Miqat Bir Ali. Tunaikan solat Maghrib dan Isya. Ribuan hujaj berniat Ihram sebelum menuju ke Makkah.

Continue reading "Hajj 1428H: Madinah ke Makkah" »

December 14, 2007

Haji 1428H: Catatan 5

via SMS 13 Dis 2100 Dscn6651 Ulangkaji ibadah 'Umrah bersama rakan-rakan hamlah. Kami akan bertolak ke Makkah selapas solat 'Asr (jadual asal selepas Isya d tukar kerana Saudi melarang pergerakan lewat malam kerana kes kemalangan yang mengorbankan jemaah Haji)

2300 Mendapat berita Tuanku YDP Agung Sultan Mizan berada d Madinah

1200 Selesai ziarah tempat bersejarah d Madinah. Medan Uhud, Masjid Qiblatain (pictured left sourced from this site), kilang tamar, medan Khandaq dan akhirnya Masjid Quba.

December 13, 2007

Haji 1428H: Catatan 4

Raudahvia SMS 13 Dis 0020 Bertemu guru agama Tabung Haji yang bertugas membawa rombongan Malaysia, MP Jerai dan Dato' Ramli (dari Bukit Aman). Sempat berbual dan bertanyakan kemusykilan ibadah Haji. Bergambar bersama MP Jerai dan Dato' Ramli - tentang kerjaya dan kehidupan d Dubai.

12 Dis 2100 Tamat hari pertama kami d Madinah. Masih belum berjaya untuk ke Raudah. Tapi tugas pengintipan telah d lakukan untuk mengenal pasti waktu yang sesuai. Awal pagi esok kami akan cuba lagi. Selepas breakfast kami juga akan menziarahi tempat bersejarah sekitar Madinah.

12 Dis 2200 Kami berjaya dengan misi Raudah! Masjid Nabawi agak lengang selepas pukul 930 malam, memberikan kami peluang untuk solat sunat dan berdu'aa d Raudah, sebuah taman d antara taman-taman syurga.

Continue reading "Haji 1428H: Catatan 4" »

December 12, 2007

Haji 1428H: Catatan 3

Tn_dsc01026via SMS 12 Dis Menetap d Al Ansar New Palace Hotel, kira-kira 300m dari masjid Nabawi. Tak jauh juga dari Hilton Madinah. Bila sampai d hotel, ada yang terus ke masjid, ada yang berehat. Kumpulan kami turun lewat, terpaksa solat d muka pintu. Ribuan jemaah membanjiri perkarangan Masjid Nabawi.

Selepas solat subuh - kedai emas mula d buka. Peniaga kecil mengambil kesempatan memperagakan barangan mereka d tepi lorong sambil melaungkan haraga, cuba menarik pelanggan. 5, 10, 20 riyal! Itulah dug aan setiap kali kami pergi dan pulang dari masjid. Sudah ada antara kami yang bersiap dengan beg tambahan!

12 Dis 1100 Kami menziarahi Maqam Nabi. Tidak dapat menahan sebak sehingga menitis air mata.

Tn_dsc00973 1330 Ketika sedang menjamu selera, wakil ejen menyerahkan beg Puan Mira yang hilang sebelum ini. Kami semua gembira dan menarik nafas lega.

Haji 1428H: Catatan 2

via SMS 11 Dis 2130  AirporthajjterminalPenerbangan SV6561 dari Dubai ke Madinah berlepas tepat pada waktu yang d jadualkan. Para Hujaj mengambil peluang untuk membaca Quraan, berzikir dan mengulangkaji di sepanjang perjalanan yang mengambil masa 2 jam 40 min.

11 Dis 2340 KSA
- kami selamat mendarat d Madinah. Sekitar 20 kaunter d buka untuk menguruskan para Hujaj yang tiba. Urusan kali ini lebih teratur berbanding dengan tahun 2003 ketika saya menunaikan Haji yang pertama. Terdapat kaunter-kaunter khas bagi memeriksa dokumen penting seperti sijil imunisasi dan deraf bank. Selepas 15 min berurusan, kami terus ke tempat letak kereta sementara menunggu bas dan bagasi. Cuaca d luar sejuk, sekitar 18C.

Continue reading "Haji 1428H: Catatan 2" »

Hijri Date

May 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Sembang-sembang

Users Online

Kerjadubai

Stat

  • Stat II