'Zing, zing'. 'Tat, tat, tat'. Ali menundukkan kepala cuba mengelak dari tembakan bertubi-tubi plantun Bravo. Kali ini serangan platun Bravo cukup merbahaya dengan gerakan pantas serta tembakan tepat. Anggota platun Bravo kelihatan di mana-mana bergerak mencari musuh. Berapa anggota platun Delta kelihatan terbaring menahan sakit terkena tembakan.
'Serang habis-habisan!' seru Faidi apabila melihat anggota platun Delta bertempiaran lari tanpa arah. Strategi 'shock' dan 'awe'nya menjadi. Semua anggota platun Bravo telah diberi taklimat sebelum misi bermula dan kini mereka telah menjalankan tugas dengan baik. Matlamat untuk mengambil alih bes platun Delta semakin menjadi kenyataan. Mereka terus masa ke hadapan.
'Tahan, tahan!' jerit Ali memberi arahan kepada platun Delta. 'Biar putih tulang jangan putih mata!' tambahnya penuh semangat. 'Pastikan tembakan tepat dan berjimat mengguna peluru' Ali berpesan kepada platun Delta yang kini telah berkumpul semula untuk serangan balas.
Asap putih mengaburkan penglihatan. Debu berterbangan dalam kekalutan serangan pertama oleh platun Bravo. Platun Bravo peroleh semangat baru dan lebih konfiden kali ini.
'Tup, tup' seorang anggota platun Bravo terkena tembakan di kepala. Beliau terpelanting ke belakang. 'Ambil perlindungan!' seru Faidi kepada platun Bravo sambil mencari-cari dari mana arah datangnya tembakan tadi. Tiba-tiba seorang lagi anggota platun Bravo menjerit terkena tembakan di dada.
Seorang demi seorang anggota platun Bravo terkena tembakan tepat yang tidak di ketahui dari mana datangnya. Faidi kaget. Bagaimana platun Delta boleh bangkit selepas diserang begitu teruk.
Platun Delta merangkak perlahan-lahan menghampiri tempat perlindungan platun Bravo. Tidak kedengaran sebarang tembakan yang dilepaskan. Cuma desiran angin pada pokok. 'Apa muslihat platun Bravo kali ini?' cetus hati Ali.
'Tembak, tembak dia!' Ali terdengar arahan dari ketua platun Bravo. Suara itu begitu hampir dan Ali harus bertindak cepat untuk menyelamatkan diri. Dia bingkas bangun dan melompat ke dalam parit berdekatan.
'Ali. Ali. Bangun. Engkau mengigau lagi' jerit Faidi. 'Sudah tua pun masih jatuh katil?'.
'Aku bermimpi' jawab Ali.
-AMS