Suatu pagi sekumpulan warga myUAE meninggalkan kesibukan Dubai untuk berkelah di Kalba. Setelah beberapa lama menaiki kenderaan mereka tiba di destinasi dan singgah di sebuah kafeteria untuk mengalas perut.
'Sedap, memang sedap,' ujar K.
'Apa yang sedap?' tanya A.
'Sandwich telur ini memang sedap.' K meneruskan suapan.
'Apa sahaja terasa sedap kalau perut lapar,' tambah F.
'Saudara, bawakan saya dua lagi sandwich telur, dan jangan lupa 3 shai,' pinta K pada tuan kedai.
Tuan kedai tiba dengan pesanan dan bertanya, 'Kamu dari Filipina?'.
'Kami bukan dari Filipina atau Indonesia. Dan bukan juga dari Nepal,' tegas K sedikit kemarahan.
'Oh, kalau begitu kamu mesti dari Brunei,' sambung tuan kedai dengan selamba dan terus berlalu.