Menjadi hafiz (atau hafizah bagi perempuan) merupakan suatu pencapaian yang tinggi, apalagi ianya punya keistimewaan - bukan sekadar d dunia bahkan d akhirat kelak. Ianya bukan kerja mudah untuk menghafaz 30 juzuk kitab Al Quraan, beserta dengan hukum tajweed dan kefahaman ayat yang d hafaz.
Baru-baru ini, warga myUAE, Puan Noraini Ismail mungkin menjadi warga myUAE pertama yang berjaya menghafaz penuh Al Quraan semasa bermastautin d UAE. Ikuti temuramah ringkas beliau dengan myUAE d bawah ini.
myUAE: Pertamanya, tahniah/alf alf mabruk buat Puan atas usaha Puan!
Noraini Ismail (NI): ALhamduliLlaah, syukur dan terima kasih
myUAE: Berapa lama Puan mengambil masa untuk menghafaz keseluruhan Al Quran?
NI: Lebih kurang 2 tahun 5 bulan
myUAE: Berterusan? Dengan kerja harian sebagai suri rumah?
NI: Ya, ALhamduliLlaah. Berkat du'aa dan tunjuk ajar guru saya (terutama yang 3 orang), suami, anak-anak dan juga kawan-kawan yang turut membantu (meneliti hafalan d rumah)
myUAE: Agak mencabar?
NI: Setiap apa yang kita buat pasti ada cabarannya. Bergantung pada cara kita menangani cabaran. Memanglah payah, apalagi ianya dalam bahasa Arab buat yang non-Arabs
myUAE: Puan menguasai Bahasa Arab?
NI: Pernah belajar, tapi tak fasih. Tapi bila kita menghafaz Al Quran, ianya membantu kita menguasai Bahasa Arab. Apalagi bahan rujukan dan kelas dalam Bahasa Arab
myUAE: Berapa kali seminggu Puan ke kelas dan d mana?
NI: 3 kali seminggu, d Warqa' (sebelah rumah lama saya) dan d Rasyidiya. Tambahan sekali sekala dengan seorang guru d Saudi (Ustazah Kareema, new Muslim berbangsa American yang sekarang sudah bergelar salah seorang expert dalam Ahkam Tajweed). Sessi bersama Ustazah Kareema selalunya over the phone atau dulu secara online!
myUAE: Apa pula selepas ini?
NI: Saya sedang dalam proses menerima ijazah hafalan*. InsyaALlaah, mungkin sekitar Disember terima ijazah. Buat masa ini saya sudah pun menerima ijazah Muqadimah Al Jazariyyah - Hukum Tajweed dalam bentuk sastera Arab, ALhamduliLlaah. Sudah d tawarkan untuk mengajar d institut Al Quran d Dubai
myUAE: Puan berkelulusan agama sebelum ini dan apa pernah berkarier?
NI: Tidak, saya berkelulusan diploma Perakauanan dan Sarjana Muda dalam Operasi & Pengurusan Industri (Industrial Operations and Management) dari Universiti of North Carolina, Charlotte. Pernah menjadi pensyarah perakauanan d Rima College
myUAE: Ada antara anak-anak yang turut menghafaz?
NI: Ada, tetapi tidak secara sepenuh masa lagi. InsyaALlaah, sedang d usahakan
myUAE: Ada apa-apa pesanan buat teman-teman myUAE?
NI: Saya nak mengajak sama kawan-kawan sekelian, terutamanya suri rumah untuk sama mendalami kefahaman kita dalam Deenul Islam. Sebagai suri rumah d UAE ini, kita punya masa dan peluang yang agak banyak yang boleh kita manfaatkan. Umpamanya, kelas menghafaz Al Quran (dan apa saja, Fiqh, Bahasa Arab, Hadeeth, dll) d kendalikan secara percuma. Kita hanya perlu peruntukan masa dan kesediaan kita. Ini peluang "pelaburan" mudah buat kita semua
myUAE: Sekali lagi tahniah buat Puan dan keluarga. Mudah2an membawa manfaat pada semua!
NI: Sama-sama
*Ijazah: is given to a student of the Quran who memorized the complete Quran and recites the complete Quran with mastered tajweed by memory to a teacher (sheikh or sheikhah) who has an authentic chain of transmission to the Prophet and the teacher then accredits their recitation as completely correct in all aspects and authorizes the student to transmit the Quran to others
Assalamualaikum Sheikh, agaknya dapat tak kalau ditanyakan secara detail cara /kaedah yang diguna pakai oleh Puan Noraini dalam menjadi hafizah dalam tempoh yang agak sengkat itu. Muga muga dapat diikut oleh kita ni.
Posted by: zallie | August 14, 2007 at 07:18 PM
Antara kaedah yang d gunakan, hafalan bermula dari juz 'Amma hingga surah Ibrahim. Kemudian dari Surah Baqarah sampai Surah Ar Rad.
Kaedahnya mengikut program yang d jalankan markaz Nida' Al Fitrah (Al Warqa') - sebulan 1 juzuk. Menurut Puan Noraini, batchnya hanya dia seorang yang menepati jangkawaktu program (2 tahun 5 bulan) - Malaysia(n) BOLEH!
Posted by: myUAE | August 15, 2007 at 07:37 AM
Tahniah, memang ini adalah perempuan melayu terbilang
Posted by: mat Jalaini Bin Mustaffa | August 15, 2007 at 07:59 AM
Tahniah! Hebat!
saya pun sedang berusaha menghafaz secara tak formal dengan seorang ustaz dari MAIJ. sama seperti puan Noraini ustaz suruh hafal 1 juz sebln tapi menghafal secara bersendirian mmg byk dugaannya(malas!).saya harap saya dapat berusaha seperti puan.tapi thn dpn saya akan berkahwin dan ambil master fizik, bertambah sibuk nampaknya(moga diberi kelapangan utk menghafaz).doakan kejayaan saya!
Posted by: zanki | December 12, 2007 at 11:19 AM