Dubai, UAE April 2 Tepat jam 11:45 pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MY-UAE bagi sessi 2010/11, Haza Helmy mengumumkan senarai pimpinan MY-UAE bagi sessi 2010/11. Jawatan Presiden yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu d menangi oleh Rusli Leman manakala Mushil Mustafa d pilih sebagai Naib Presiden.
Yusree Yahya mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha manakala Rusdi Abu Bakar d pilih sebagai Bendahari yang baru. Mesyuarat Agung kali kedua MY-UAE berlansung d pejabat Konsul Besar Malaysia d Dubai.
Dalam ucapan penangguhannya, Rusli merakamkan ucapan setinggi terima kasih d atas kepercayaan yang d berikan kepadanya untuk menerajui kepimpinan MY-UAE bagi sessi ini.
"Berlainan bangsa, agama dan apajua faktor bukan menjadi sebab kenapa kita tidak dapat bersama dalam menjayakan aktiviti komuniti sewaktu kita berjauhan dari negara tercinta", tambah beliau.
Beliau juga menyatakan penghargaan kepada pimpinan sessi lalu yang telah menjayakan pelbagai aktiviti komuniti sepanjang tahun.
"Benchmark yang d capai adalah suatu yang harus kami contohi dalam menjayakan program buat komuniti bagi sessi ini", ujar Rusli ketika menutup ucapan penangguhannya.
Antara yang terpilih dalam pemilihan exco ialah Rusdi Abu Bakar, Zuraimi Isa, Abdul Rasid Ismail, Muna Mohsin, Fidawati Osman, Redza Jamil, Nazri Chik, dan Zaim Aziz.
Manakala exco yang kekal dari sessi lalu ialah Abdul Mazed, Khairul Affendi dan Nik Rahman. Mesyuarat Agung Tahunan d rasmikan oleh Konsul Besar Malaysia d Dubai, Syed Mohd Hasrin.